web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keluar Parti: ‘4 Ahli Parlimen GRS Tak Perlu Kosongkan Kerusi Mereka’ – Wan Junaidi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 10:23PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Empat Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sebelum ini mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tidak perlu mengosongkan kerusi.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau dimaklumkan pelbagai sumber bahawa empat Ahli Parlimen itu sudah meninggalkan parti berkenaan pada awal Oktober lalu, sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Dalam perkara ini, saya bersetuju dengan peguam Perlembagaan, Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad bahawa undang-undang anti lompat parti tidak menjejaskan mereka,” katanya menerusi kenyataan diterima Getaran malam ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama beliau dan Fuad.

Wan Junaidi berkata, pada PRU-15 yang diadakan 19 Oktober lalu, Ahli Parlimen itu bertanding menggunakan logo GRS dan sebagai ahli langsung gabungan berkenaan.

Justeru, beliau menegaskan, pertalian dengan BERSATU berakhir pada awal Oktober lalu, sebelum pilihan raya berlangsung.

“Sehubungan dengan itu, mereka (empat Ahli Parlimen) tidak melanggar peruntukan anti lompat parti, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pemimpin BERSATU Sabah, termasuk semua wakil rakyatnya mengumumkan keluar daripada parti itu.

Ia termasuk empat Ahli Parlimennya, iaitu Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dimuktamadkan selepas mereka menimbangkan landskap semasa politik negara, terutama di negeri berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah - Barisan Nasional (GRS-BN) juga mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Getaran hari ini melaporkan, Peguam Kanan Datuk Seri Rajan Navaratnam berkata, pandangan bahawa Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai terhadap empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana bertanding menggunakan logo GRS, adalah salah.

Katanya, tindakan mereka meninggalkan BERSATU menimbulkan persoalan, antaranya sebagai Ahli Parlimen adakah mereka perlu mengosongkan kerusi tersebut selaras dengan kehendak Akta Anti Lompat Parti yang dikuatkuasakan.

Rajan berkata, terdapat beberapa pandangan berhubung isu tersebut, antaranya Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada Ahli Parlimen berkenaan kerana mereka masih menjadi sebahagian daripada GRS.

Jelasnya, ada juga yang berpendapat bahawa Sabah masih belum membentang dan menguatkuasakan Akta Anti Lompat Parti, justeru Perkara 49A tidak terpakai kepada Ahli Parlimen dari negeri berkenaan. – Getaran, 12 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Muhyiddin Rayu Keputusan Kembalikan Kes Guna Kedudukan Untuk Suapan Ke Mahkamah Sesyen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini