web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembangkang ‘Bersorak’ Kenyataan Anwar Tidak Mampu Bertahan 5 Tahun - Kit Siang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 7:04AM

Lim Kit Siang turut menasihati Anwar agar menghayati pengajaran dari kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan lalu dengan melaksanakan lebih banyak reformasi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa parti pembangkang ketika ini sedang 'bersorak' memutar belit kenyataan beliau berkenaan kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat bertahan lima tahun.

Beliau menegaskan kenyataan tersebut jika diteliti sepenuhnya hanya menggesa Perdana Menteri supaya mengabaikan kebimbangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keupayaan kerajaan.

Malah Kit Siang turut menasihati Anwar agar menghayati pengajaran dari kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan lalu dengan melaksanakan lebih banyak reformasi. 

“Saya sedar pihak lawan sedang bersorak dengan kenyataan ini sebagai bukti yang kononnya Kit Siang tidak percaya Anwar tidak akan dapat bertahan sebagai Perdana Menteri selama lima tahun. 

“Ini menguatkan usaha mereka untuk terus menumbangkan Perdana Menteri dengan gaya sama seperti konspirasi politik Langkah Sheraton secepat mungkin.

“Bagaimanapun, kenyataan saya tidak ada apa-apa kaitan dengan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia selama lima tahun," katanya menerusi satu kenyataan.

Pada masa sama, Kit Siang berkata, beliau mahu Anwar kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal agar Presiden PKR itu mampu memastikan negara bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) pada 2027. 

Mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menegaskan, Anwar juga perlu menghentikan kemerosotan negara dalam tempoh enam dekad yang lalu dan memulakan proses menjadikan Malaysia sebuah negara hebat.

“Selepas lebih sebulan sebagai Perdana Menteri ke-10, Anwar telah mengukuhkan peluangnya untuk bertahan selama lima tahun sebagai Perdana Menteri. 

“Namun, Anwar, Menteri dan semua pemimpin kerajaan perpaduan perlu sentiasa sedar mengenai pengajaran yang paling penting dari kerajaan PH selama 22 bulan sebelum ini,” katanya. 

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, terdapat kuasa politik yang sentiasa akan cuba menumbangkan kerajaan pimpinan Anwar sebelum lengkap penggal lima tahun.

Bagaimanapun katanya, beliau yakin kerajaan perpaduan mampu bertahan selepas melakukan undi percaya di Parlimen di samping melaksanakan pelbagai inisiatif terbaik pada bulan pertama memerintah. 

“Sama ada kerajaan perpaduan Anwar ini akan bertahan selama lima tahun, hanya masa yang akan menentukannya. Inilah salah satu isu yang akan ditempurkan di medan peperangan politik.

“Menteri dan pemimpin dalam kerajaan perpaduan Anwar perlulah sentiasa mengingati apa yang berlaku kepada kerajaan PH selepas 22 bulan dan melaksanakan reformasi institusi dalam bulan terawal kerajaan ini,” katanya. 

Tambahnya, setiap Menteri yang dilantik harus melaksanakan reformasi di kementerian dan agensi di bawah pemantauan mereka sebelum Parlimen kembali bersidang pada 13 Februari depan.

“Ia perlu dilakukan bagi menjadikan sidang berkenaan sebagai paling penting (membuat pelbagai reformasi kementerian dan agensi kerajaan) yang akan menjadi satu sejarah buat negara kita.

“Kita ada peluang yang baik dengan kerajaan perpaduan untuk membina semula Malaysia menjadi sebuah negara majmuk bertaraf dunia. Jangan sia-siakan peluang ini,” katanya. 

Semalam, media melaporkan Kit Siang menggesa Anwar perlu melakukan sebanyak mungkin reformasi institusi secepat mungkin.

Ini kerana, katanya, Pengerusi PH tersebut mungkin terlepas peluang untuk berbuat demikian.

“Anwar patut mengabaikan Dr Mahathir dan menghayati pengajaran paling penting dari 22 bulan pentadbiran kerajaan PH sebelum ini.

“Anwar juga perlu melaksanakan sebanyak mungkin ‘reformasi’ institusi kerana kerajaan yang ada hari ini tidak semestinya akan bertahan selama lima tahun,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula