web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zahid Tidak Ikut Proses Sewajarnya, Tiada Surat Tunjuk Sebab – Khairy

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 5:24PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memecat mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan menggantung beberapa pemimpin kanan parti itu malam tadi didakwa tidak mengikut proses yang sewajarnya.

Menurut Khairy, beliau tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab berhubung punca pemecatannya atau dipanggil Lembaga Disiplin parti.

“Sah tiada proses sewajarnya. Tiada surat tunjuk sebab, tiada perbicaraan tatatertib.

“Secara ringkas dan secara unilateral dipecat daripada parti yang saya setia selama 23 tahun,” katanya menerusi hantaran di Instagram, hari ini.

Khairy yang juga mantan Ahli Parlimen Rembau turut menitipkan kata-kata semangat kepada Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang digantung keahlian selama enam tahun, malam tadi.

“Tabahlah, Hisham. Ini belum berakhir,” katanya ringkas.

Mantan Menteri Kesihatan itu turut memuatnaik foto bersama Hishammuddin yang diambil pada 2018 dengan kapsyen ‘rebuilding’ (membina semula).

“Dua tokoh Pemuda (UMNO). Kedua-dua pernah memimpin  Pemuda UMNO Malaysia.

“Antara sebab mengapa pilihan untuk bersama UMNO dan Pemuda. Keputusan semalam bukan pengakhiran,” katanya.

Khairy dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada UMNO atas alasan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan parti kerana kesalahan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Hishammuddin pula digantung keahlian selama enam tahun kerana didakwa menjadi dalang yang menggerakkan Ahli Parlimen gabungan itu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15.

Selain Hishammuddin, turut dikenakan penggantungan bagi tempoh sama ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian serta mantan Menteri Besar Johor pula digugurkan daripada jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

Tempat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut itu, diambil alih Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi.

Semua keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid, malam tadi. - Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah