web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akaun BERSATU Dibeku: ‘Itu Hanya Alasan Mahu Tekan, Burukkan Parti’ - Rosol

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 7:16PM

Rosol berkata, tindakan atas dakwaan parti berkenaan menyeleweng dana itu juga sekadar mahu melemahkan pembangkang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Rosol Wahid menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun milik parti itu, sebagai ‘peluru politik’ bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, tindakan atas dakwaan parti berkenaan menyeleweng dana itu juga sekadar mahu melemahkan pembangkang, khususnya BERSATU dan ‘sandiwara’ dicipta suruhanjaya terbabit.

“Itu hanyalah alasan mereka (dakwaan PN seleweng dana RM92.5 bilion).

“Saya melihat perkara (pembekuan akaun BERSATU) itu hanyalah sebagai tekanan kepada parti,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Meskipun Rosol mengesahkan SPRM mengambil tindakan itu, beliau enggan mengulas lanjut berhubung perinciannya, termasuk berapa akaun dan tempoh ia sudah dibekukan kerana tidak memiliki maklumat penuh.

“Saya mengesahkan perkara (pembekuan) itu adalah benar, bagaimanapun saya tidak tahu maklumat secara terperinci berkenaannya.

“Sila tanya perkara itu (maklumat lanjut) kepada presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan timbalan presiden (BERSATU) (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu),” katanya.

Sementara itu, usaha Getaran menghubungi Ahmad Faizal dan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung perkara berkenaan masih tidak berhasil.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan SPRM sudah membekukan beberapa akaun BERSATU.

Beliau berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengesahan beliau itu dibuat susulan laporan media bahawa beberapa akaun milik parti dipimpin Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri dibeku.

Laporan itu mendakwa, pembekuan tersebut dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana pakej rangsangan berjumlah RM92.5 bilion, disalurkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan COVID-19. - 1 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 11 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan