web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 PRN Bawa Misi Besar, Bukan Sekadar Lihat Kemampuan Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 9:42AM

Kesemua PRN itu akan menentukan sama ada Malaysia mampu diselamatkan dan kembali semula kepada prinsip asal pembinaan sebuah negara majmuk - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan dua bulan lagi membawa misi atau fokus lebih besar, dan bukan sekadar untuk melihat kemampuan Kerajaan Perpaduan.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, kesemua PRN itu akan menentukan sama ada Malaysia mampu diselamatkan dan kembali semula kepada prinsip asal pembinaan sebuah negara majmuk.

Menurut beliau, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya sepuluh tahun untuk menghentikan kemerosotan yang disaksikan selama ini.

Lim Kit Siang - Gambar Fail
Lim Kit Siang - Gambar Fail

“Kita mahu menjadi juara dunia sekali lagi, untuk menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun kepada dunia.

“Kita sudah ada permulaan dengan tujuh bulan bersama Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di blog.

Jelas Kit Siang, persoalan yang perlu diperhusi ketika ini ialah apakah rakyat akan mengabaikan usaha besar untuk menyelamatkan negara yang dilakukan kerajaan.

“Atau apakah kita lebih memilih untuk kembali kepada hala tuju sebelum ini iaitu Malaysia sebagai sebuah negara yang berpecah belah, gagal dan teruk dalam dekad-dekad yang akan datang,” katanya.

Tegas mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, pilihan dan keputusan rakyat perlu diterjemahkan menerusi undi pada enam PRN berkenaan.

“PAS dan Perikatan Nasional (PN) mahu pilihan raya umum di enam negeri untuk membawa kepada kejatuhan Kerajaan Perpaduan Anwar.

“Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, memberitahu semua ahli mereka di Pahang sebelum  ini bahawa kerajaan pusat akan jatuh jika PN berjaya menguasai kesemua PRN tersebut,” katanya.

Pilihan dan keputusan rakyat perlu diterjemahkan menerusi undi pada enam PRN berkenaan - Gambar Hiasan
Pilihan dan keputusan rakyat perlu diterjemahkan menerusi undi pada enam PRN berkenaan - Gambar Hiasan

Kit Siang bagaimanapun berkata, adalah sukar untuk blok pembangkang menumbangkan Kerajaan Perpaduan jika hanya melihat dari aspek angka.

“Saya bersetuju dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mengatakan sukar dari ‘segi angka’ untuk kerajaan Persekutuan tumbang selepas PRN di enam negeri pada bulan Ogos.

“Undi tidak percaya tidak akan terjadi di Parlimen kerana Ahli-Ahli Parlimen tidak lagi boleh menukar parti mereka,” katanya, sekali gus menafikan dakwaan dibuat Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim ketika berucap pada Ijtimak Pilihan raya PAS Pahang di Kompleks Al-Makmur, Kerdau tiga hari lalu dipetik sebagai berkata, kerajaan pusat pasti akan tergugat sekiranya PAS dan PN mampu mempertahankan Kelantan, Kedah serta Terengganu.

Dakwanya, kejayaan menawan Selangor dan Negeri Sembilan pada PRN itu juga berupaya menjatuhkan kerajaan pusat. - Getaran, 22 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

2

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

3

Politik 1 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang