web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 MB Pertahan Kerusi, Altimet Bakal Bertanding Di Lembah Jaya

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 9:00AM

Aminudin Harun, Amirudin Shari dan Altimet disenaraikan untuk mewakili PKR pada PRN Ogos depan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR juga memutuskan bahawa Aminudin wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar sekiranya Negeri Sembilan kekal berada di bawah penguasaan Kerajaan Perpaduan.

Presiden PKR itu bagaimanapun memberitahu, keputusan tersebut belum dimuktamadkan.

“Prestasi ditunjukkan Aminuddin ketika memimpin Negeri Sembilan adalah memuaskan, dan beliau banyak melaksanakan usaha membantu penduduk dengan pelbagai program.

"Tidak ada ruang untuk orang kata Menteri Besar ini sukar ditemui atau tidak menyantuni (rakyat). Kita (PH) ada barisan pimpinan yang membanggakan,” katanya pada majlis pengumuman calon PKR di Padang Awam Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi.

Anwar berkata, keputusan untuk mengekalkan Aminuddin sudah disampaikan kepada rakan komponen Kerajaan Perpaduan, iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya belum buat sebarang pengumuman berhubung kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan, tetapi pandangan itu telah disampaikan kepada Presiden UMNO dan Pengerusi BN,” katanya.

Juwairiya Zulkifli bakal bertanding di DUN Hulu Kelang - gambar fail
Juwairiya Zulkifli bakal bertanding di DUN Hulu Kelang - gambar fail

Menerusi pengumuman tersebut, Aminuddin bakal bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat manakala Amirudin kekal di DUN Sungai Tua.

Aminudin ialah penyandang kerusi DUN Sikamat sejak 2008, manakala Amirudin menguasai Sungai Tua sejak 2018.

Aminudin juga ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan sama pada 2008 hingga 2013, sewaktu ia masih dikenali sebagai DUN Batu Caves.

Sementara itu, PKR turut membuat kejutan apabila menyenaraikan penyanyi dan komposer, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad untuk bertanding di Selangor bagi kerusi DUN Lembah Jaya.

Syed Ahmad atau lebih dikenali sebagai Altimet pada 9 Julai tahun lalu dipilih sebagai Ketua Cabang PKR Ampang selepas memperoleh 743 undi, untuk menewaskan aktor dan pengarah, Datuk Hans Isaac.

Turut disenaraikan bertanding ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli bagi kerusi DUN Hulu Kelang.

Beliau yang juga bekas ADUN Bukit Melawati, dijangka dicabar oleh mantan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. - Getaran, 23 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

2

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

4

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini