web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Awat, Depa Pecat Kedah Dari Malaysiakah? - Sanusi 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 8:16PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa beberapa kementerian sudah menghalang jabatan dan agensi di bawah mereka daripada bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam semua bidang.

Justeru, beliau mempersoalkan sama ada golongan terbabit sudah 'memecat' Kedah dari Malaysia hingga sanggup berbuat demikian semata-mata kerana perbezaan politik.

Terbaru katanya, beliau difahamkan perkara sedemikian turut berlaku menjelang penganjuran Hari Sukan Negara di peringkat negeri.

"Sebelum ini penganjuran Hari Sukan Negara dipengerusikan exco sukan di semua negeri tetapi sekarang di Kedah, Kelantan dan Terengganu, diberi kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk melaksanakannya tanpa melibatkan negeri.

"Tetapi 'depa' nak pakai pegawai-pegawai daerah (DO) kerana golongan ini adalah pengerusi majlis sukan daerah. Exco sukan 'depa' tak mahu pakai tetapi DO 'depa' nak. Nampak tak?

"Saya rasa tak sihat politik macam itu. 'Awat' (Kenapa), 'depa' pecat Kedah dari Malaysia dah ka? Kalau rasa kita sebahagian daripada Malaysia, tak patutlah buat macam itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kulim Technology Park Corporation (KTPC) di Wisma Darul Aman dekat sini, hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi serta Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr. Haim Hilman Abdullah meminta penjelasan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sama ada wujud arahan dikeluarkan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk melarang mereka terbabit dengan sebarang program dianjurkan kerajaan negeri Kedah.

Menurut Haim, jemputannya kepada beberapa IPTA untuk menyertai sebuah program berkaitan mahasiswa anak Kedah telah ditolak dengan beliau difahamkan oleh institusi berkenaan yang mereka tidak dibenarkan terbabit oleh kementerian atau jabatan bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, cara berpolitik sedemikian hanya berlaku pada era 70-an serta 80-an dan tidak lagi dibuat orang pada 2023.

"Tak payahlah main politik macam itu kerana mana ada politik dalam sukan dan pendidikan. Kenapa 'benda-benda' itu nak dimangsakan kerana politik?

"Saya tanya 'depa'... Katanya memang tak ada arahan bersurat tetapi verbal," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi mendakwa, seorang pengetua di negeri ini sudah dipanggil pihak tertentu hanya kerana sekolah terbabit dikunjungi seorang wakil rakyat, bagi menyaksikan anaknya yang menyertai sukan sekolah.

"Menteri Pelajaran kata dak, boleh mohon (untuk masuk sekolah) tetapi kena 30 hari sebelum. Takkan nak 'pi' tengok anak sukan kena mohon 30 hari?

"Tak masuk akalkan? Mereka cakap lain tetapi buat lain dan saya rasa ini politik tahun 80-an yang tak lagi sesuai dilakukan," katanya. - Getaran, 21 September 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

2

Politik 3 bulan yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

3

Sukan 5 bulan yang lalu

KDA FC Sudah Terima RM16 Juta Dari KFA Sejak Ditubuhkan - Sanusi

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kedah Agro Tamat Operasi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki