web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Pelangai: Sanusi Yakin PN Boleh Menang Di Kubu Kuat BN

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 5:07PM

Muhamad Sanusi ketika bercakap kepada pemberita selepas Sidang DUN Kedah, hari ini. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Gelombang Perikatan Nasional (PN) yang mengekalkan dominasinya di tiga negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu, dikatakan akan melanda Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Said, berkata beliau yakin 100 peratus bahawa PN akan menerima sokongan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Mengakui DUN Pelangai adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN), Muhammad Sanusi berkata, perlu ada keyakinan terhadap keupayaan PN untuk menawan Pelangai dalam PRK itu kelak.

"Itu keyakinan seorang ahli politik dan sebagai pengarah pilihan raya, saya kena ada keyakinan. Kalau saya kata tak tahu menang atau tidak, lama-lama orang pun 'melorot' pergi macam itu saja.

"Sebagai ketua kena ada keyakinan itu, barulah anak buah saya bekerja untuk menang. Saya cakap perkara itu (keyakinan untuk menang) sebagai seorang ketua dalam medan perang," katanya kepada pemberita selepas Sidang DUN Kedah, hari ini.  

Jumaat lalu, ketika menyampaikan ceramah pada Program Sanusi Mai Pelangai di Felda Kemasul, Muhammad Sanusi menyatakan keyakinan bahawa kemenangan akan memihak kepada PN bersandarkan pengalamannya selepas menyaksikan sambutan yang diterima di kawasan Felda.

Pun begitu, ketika diminta mengulas mengenai kegagalan gelombang itu memberi kemenangan kepada calon PN di PRK Pulai dan Simpang Jeram, Muhammad Sanusi berkata, sokongan pengundi Johor kepada pihak lawan terlalu ‘tebal’.

"Johor itu tebal tetapi semakin menipis. Di Pelangai ini pun tidaklah nipis sangat tetapi kita akan cuba.

"Tak ada parti lain pernah menang di situ dan dulu pun, kerusi tersebut milik 'Long Nan' (Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Ahmad Yaakob). Tetapi saya rasa tak mustahil (untuk PN menang)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Sanusi berkata, pengalamannya dalam sesi libat urus Belanjawan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan bersama kerajaan negeri hanyalah bersifat formaliti semata-mata dan sekadar ‘mengambil hati’.

Beliau berkata, ia berikutan, agensi dan jabatan Persekutuan sudah pun menyediakan belanjawan masing-masing.

"Ada pengarah belanjawan dan mereka itulah yang buat Bajet Persekutuan. Sesi libat urus ini cuma nak ambil hati saja.

"Bukan nak kata kat 'depa', tak kata tetapi formalitinya memang macam itu. Yang kita serah 'wish list' tak pernah masuk pun tetapi tak apalah, 'mailah' buat sesi libat urus itu," katanya. - Getaran, 25 September 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah