web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Batal Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman Pada PRU15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 2:50PM

Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid selepas keputusan Petisyen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Kemaman di Mahkamah Kuala Terengganu, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis berkata, pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar RM30,000 kepada pempestiyen.

“Saya mendapati rasuah dilakukan atas pengetahuan responden. Saya mengisytiharkan keputusan pilihan raya umum Kemaman yang diadakan pada 19 Nov (tahun lepas) adalah terbatal... Wang yang diberi adalah untuk mendorong undi.

“(Jika ini inisiatif kerajaan negeri) Saya menganggap selepas pilihan raya ia masih boleh berlaku, tetapi ia dibuat beberapa hari sebelum pilihan raya umum. Semua ahli politik harus tahu kesannya.

“Tidak dinafikan kerajaan negeri masih wujud pada masa itu (kerana PRU dan Pilihan Raya Negeri diadakan secara berasingan) tetapi itu tidak bermakna program seperti itu (agihan dana) perlu diadakan begitu hampir dengan tarikh PRU,” katanya.

Hakim itu berkata, program tersebut perlu diadakan selepas atau sebelum tempoh kempen bagi mengelakkan unsur dorongan.

Program rasmi yang dikatakan dianjurkan kerajaan negeri Terengganu itu termasuk Bantuan i-Belia, i-Siswa dan sumbangan kepada orang kurang upaya serta asnaf.

Pempetisyen diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun, Amin Othman, dan Norhazira Abu Haiyan, manakala Che Alias diwakili peguam Saifuddin Othman dan Wan Rohimi Wan Daud.

Sementara itu, Hafarizam ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu berkata hakim telah memanggil peguam utama kedua-dua belah pihak ke dalam kamar dan memaklumkan bahawa beliau tidak akan memberi apa-apa penangguhan sehingga 3 Okt ini.

“Hakim akan melewatkan pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewatnya 3 Okt ini tentang keputusan beliau pada hari ini.

“Jika sehingga 3 Okt tiada permohonan untuk tangguh keputusan atau tiada rayuan (terhadap keputusan mahkamah hari ini), hakim akan maklum keputusan hari ini kepada SPR pada 3 Okt ini,” katanya.

Sementara itu, Wan Rohimi berkata pihaknya akan berbincang dengan pengurusan parti berhubung tindakan yang akan diambil, sama ada akan mengemukakan rayuan atau sebaliknya.

Pada PRU15 November 2022, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh 65,714 undi menewaskan Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat undi sebanyak 38,535 dengan majoriti 27,179 undi.

Dua lagi calon yang bertanding di Parlimen itu, Rosli Ab. Ghani (Pejuang) dan Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) masing-masing mendapat undi sebanyak 506 dan 8,340 undi.

Pada 3 Januari lalu, Ahmad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu memberitahu, pihaknya memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 melibatkan Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Ahmad dilaporkan berkata petisyen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu kerana pihaknya mendakwa berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu.

Bagaimanapun, pada 12 Februari, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak petisyen yang dikemukakan BN setelah menerima bantahan awal yang dikemukakan oleh responden dan mengekalkan kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman pada PRU15.

Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (Luham) PAS Pusat, Ahmad Lufti Awang dilaporkan berkata, Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas turut memerintahkan pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada Che Alias, dalam prosiding yang diadakan secara dalam talian.

Namun, pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan untuk mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Kemaman itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

2

Semasa 4 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

3

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan