web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rombakan Kabinet Dijangka Esok, Zahid, Dr Zaliha Antara Yang Tersenarai? - Sumber

Politik Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 1:20PM

Pengumuman rombakan Kabinet dijangka dibuat Perdana Menteri usai mesyuarat pasca Kabinet esok - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan rombakan Kabinet, esok.

Sumber yang rapat dengan Putrajaya memberitahu Getaran, pengumuman penting tersebut dijangka dibuat usai mesyuarat pasca Kabinet.

Menurut beliau, info yang diterima menyatakan perkara itu perlu diumumkan sebelum Perdana Menteri berlepas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khamis ini.

“Sebelum ini ada yang kata ia cuma ‘perubahan’ kecil tapi dari info yang saya peroleh, ia adalah rombakan besar-besaran,” katanya ketika menghubungi Getaran.

Jelas sumber, ia turut melibatkan beberapa portfolio dan kementerian kanan, antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 

Kementerian Kesihatan dikatakan antara yang bakal terlibat dalam rombakan esok - gambar fail
Kementerian Kesihatan dikatakan antara yang bakal terlibat dalam rombakan esok - gambar fail

“Pada pengumuman esok, PM juga dijangka menamakan pengganti Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub,” katanya.

Sehingga hari ini pengganti Salahuddin masih menjadi teka-teki walaupun sudah lebih dua bulan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Portfolio ditinggalkan Allahyarham Salahuddin Ayub masih kosong walaupun sudah lebih dua builan beliau meninggal dunia - gambar fail
Portfolio ditinggalkan Allahyarham Salahuddin Ayub masih kosong walaupun sudah lebih dua builan beliau meninggal dunia - gambar fail

Sumber juga menarik perhatian, dua portfolio menteri penuh juga bakal diberi kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang turut akan diumumkan esok.

"Ka Siong baru sahaja mengekalkan kerusi Presiden manakala kehadiran Anwar ke ibu pejabat MIC dianggap memberi petunjuk terhadap 'kepulangan' MIC dalam Kabinet," katanya.  

Spekulasi mengenai rombakan Kabinet sememangnya bertiup kencang mutakhir ini.

Ia semakin hangat diperkatakan selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid memberi bayangan, dua hari lalu.

Menurut Zahid, antara faktor yang membawa kepada rombakan ialah kekosongan portfolio di KPDN susulan kematian Salahuddin.

Getaran diberitahu, nama Zahid antara yang disebut bakal tersenarai dalam perubahan dilakukan itu.

Ini ialah rombakan Kabinet pertama diumumkan Kerajaan Perpaduan sejak mula memegang tampuk pentadbiran negara 24 November tahun lalu. - Getaran, 3 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Malaysia Tolak Tawaran Anjur Sukan Komanwel 2026 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Malaysia Kirim Poskad Khas Kepada PBB, Desak Terima Palestin Sebagai Negara Anggota

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Persekutuan Dijadual Esok - Sumber

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan