web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan PRN Selangor: Hanya Petisyen DUN Gombak Setia Dikemukakan

Politik Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 5:32PM

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Hanya satu petisyen pilihan raya dikemukakan bagi membatalkan keputusan kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Ogos lalu. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, petisyen itu dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang menyaksikan parti itu tewas dengan hanya 58 undi. 

Bagaimanapun, katanya, tiga lagi kerusi yang direncanakan untuk dikemukakan petisyen sama sebelum ini iaitu Dengkil, Sungai Kandis dan Taman Medan tidak diteruskan.

“Saya difahamkan pihak guaman PKR merasakan kes-kes itu (tiga kerusi tersebut) tidak mahu diteruskan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Sebelum ini, PH dan BN mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya di kerusi DUN Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil, yang majoriti kemenangan adalah rendah.

Keputusan bagi empat kerusi berkenaan menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).

Sementara itu, peguam pempetisyen Amin Othman ketika dihubungi BERNAMA memaklumkan petisyen pilihan raya DUN Gombak Setia difailkan pada 18 September lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau berkata, petisyen itu difailkan seorang pengundi Mohd Shaffie Omar bagi mencabar keputusan di kerusi tersebut atas dakwaan terdapat perbuatan menyogok pemilih atau pengundi dilakukan responden, Muhamad Hilman Idham semasa PRN Selangor.

Menurutnya, bicara petisyen berkenaan akan berlangsung pada 11 hingga 22 Disember ini di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Pada PRN Selangor 12 Ogos lalu, Muhamad Hilman yang memperoleh 30,299 undi menang dengan majoriti 58 undi menewaskan calon BN, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mendapat 30,241 undi dan calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali (1,076 undi). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 9 bulan yang lalu

Mahkamah Pilihan Raya Tolak Petisyen Batal Kemenangan ADUN Gombak Setia

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

3

Politik 1 tahun yang lalu

Mahkamah Batal Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman Pada PRU15

4

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan