web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Pilihan Raya Tolak Petisyen Batal Kemenangan ADUN Gombak Setia

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 5:05PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen bagi membatalkan kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham daripada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Ogos lalu.

Peguam Mohd Radzlan Jalaluddin, yang mewakili Muhammad Hilman, ketika dihubungi BERNAMA berkata, Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menolak petisyen itu dengan kos RM25,000.

Turut mewakili Muhammad Hilman adalah Hasshahari Johari Mawi, Mohd Tajuddin Abd Razak, Muhamad Hafizan Shafuan Kamarulzaman, Shahir Ab Razak dan Awang Armadajaya Awang Mahmud, manakala pempetisyen diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Petisyen itu difailkan oleh seorang pengundi DUN Gombak Setia Mohd Shaffie Omar, 40, atas dakwaan menerima RM150 sebagai dorongan kepada pengundi dalam PRN Selangor di antara 4 dan 5 Ogos lalu.

Muhammad Hilman telah memenangi kerusi itu dalam PRN Selangor yang berlangsung pada 12 Ogos lalu apabila memperoleh 30,299 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional, Megat Zulkarnain Omardin yang meraih 30,241 undi dan calon bebas Salim Ali (1,076 undi).

Sementara itu, Muhammad Hilman berkata, beliau telah berbincang dengan pasukan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mencemar nama baik dan reputasinya.

“Individu-individu ini telah dikenal pasti untuk tindakan lanjut dalam masa yang terdekat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

2

Politik 11 bulan yang lalu

Keputusan PRN Selangor: Hanya Petisyen DUN Gombak Setia Dikemukakan

3

Politik 1 tahun yang lalu

Mahkamah Batal Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman Pada PRU15

4

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan