web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Ada Pakatan Jahat Pihak Lawan, Tapi BERSATU Takkan Goyah’ - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 3:56PM

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - BERSATU tidak akan tunduk dengan sebarang pakatan jahat yang cuba menggugat dan melemahkan parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kepimpinan parti akan mengambil tindakan yang lebih tegas, bagi memastikan semua isu dapat ditangani dengan baik.

Serentak dengan itu beliau memberitahu, Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini untuk membincangkan perkembangan terbaharu, melibatkan empat Ahli Parlimen yang berubah arah dan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tindakan dua lagi Ahli Parlimen BERSATU menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri adalah bercanggah dengan pendirian parti. 

“Ini adalah pelanggaran disiplin parti yang serius, selain membelakangi mandat rakyat yang memilih mereka atas dasar keyakinan terhadap prinsip perjuangan PN,” katanya.

Dedah Ahli Parlimen Pagoh itu, ada maklumat bahawa wujud gerakan terancang parti lawan untuk melemahkan BERSATU dan PN.

“Mereka menggunakan sogokan dan ugutan terhadap Ahli-Ahli Parlimen. 

“Saya menyeru ahli-ahli BERSATU supaya kekal tenang dan istiqamah mempertahankan prinsip perjuangan parti sementara kepimpinan tertinggi BERSATU menangani perkara ini,” katanya.

Selepas Kuala Kangsar, Labuan dan Gua Musang; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik muncul sebagai pemimpin keempat menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, berkuatkuasa semalam.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti, memperhalusi dan mempertimbangkan sebaik mungkin masalah dihadapi rakyat di kawasan diwakili, termasuk isu kos sara hidup, keperluan asas serta pembangunan.

“Saya sedar rakyat mesti diutamakan dan pembangunan mesti diteruskan tanpa sebarang kompromi.

“Dalam alaf yang serba mencabar ini, selaku Ahli Parlimen saya harus memberi khidmat yang terbaik buat rakyat dalam Parlimen Jeli,” katanya. - Getaran, 9 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini