web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pegang Jawatan PM Secara Tidak Sah Boleh Disaman - Hanipa Maidin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Aug 2021 3:37PM

Mohamed Hanipa berkata tindakan Muhyiddin telah melanggar sumpah kesetiaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatan Perdana Menteri yang dipegang secara tidak sah boleh mengheret dan mendedahkan negara kepada risiko perundangan.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini jelas melanggar sumpah kesetiaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, jawatan Perdana Menteri disandang Muhyiddin ketika ini bukan sahaja tidak memperoleh mandat rakyat, bahkan turut digalas tanpa sokongan majoriti di Parlimen.

“Walaupun, pada zahirnya Tan Sri Muhyiddin dilihat sedang “bertaici” bagi cuba mengelirukan ramai pihak, kononnya beliau masih seorang Perdana Menteri yang sah, faktanya adalah jelas dan terang bahawa beliau memang tidak lagi mempunyai sokongan diperlukan bagi menjadi seorang Perdana Menteri.

“Tindakan ini boleh disifatkan sebagai misfeasance in public office yang boleh dikenakan hukuman dari sudut perundangan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohamed Hanipa berkata, Mahkamah Persekutuan pada 2017 memutuskan bahawa perlakuan misfeasance in public office oleh Perdana Menteri dan anggota kabinet lain boleh membawa kepada tindakan perundangan.

“Kewujudan undang-undang dan Perlembagaan antara lain adalah bagi memastikan setiap tindakan khususnya oleh kerajaan sentiasa sah dalam ruang lingkup tersebut.

“Kewujudan Perlembagaan itu sering ditakrifkan sebagai perlambangan bahawa kuasa kerajaan itu terhad dan tidak mutlak, tetapi malangnya keadaan tersebut nyata berbeza sekarang,” tegasnya.

Beliau menarik perhatian, tindakan diambil Perdana Menteri ketika ini jelas tidak bertanggungjawab dan membawa konotasi bahawa ada penyalahgunaan kuasa yang serius sedang berlaku.

“Beliau sama sekali tidak menghormati undang-undang dan ketinggian Perlembagaan Persekutuan.

“Malang sungguh bagi Malaysia kerana terpaksa melakar sejarah buruk dan memalukan ini,” katanya. - Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang