web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petra Group Sumbang Bantuan, Beri Manfaat 3,000 Keluarga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2021 2:23PM

Pengerusi yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan Petra Group, Datuk Dr Vinod Sekhar dan Naib Presiden (projek khas), Patrick Teoh (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Kesempitan hidup orang kelainan upaya (OKU) di kala pandemik COVID-19 mendapat perhatian Petra Group yang menyumbangkan sebanyak RM200,000 kepada Persatuan OKU Sentral.

Bahagian pertama sumbangan yang dijangka memberi manfaat kepada 3,000 keluarga daripada golongan OKU itu diserahkan kepada Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, semalam.

Menurut Ras Adiba, sumbangan diberikan bukan saja akan diserahkan kepada golongan OKU namun turut merangkumi keluarga yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri dalam bentuk bantuan makanan dan barangan keperluan harian.

Beliau berkata, pihaknya sangat menghargai sumbangan daripada Petra Group dan Pengerusinya yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Vinod Sekhar yang mahu menjadi sebahagian daripada misi bantuan komuniti dilancarkan pada Mac lalu.

“Kami sentiasa turun padang untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan, tanpa mengira mereka golongan OKU atau tidak.

“Walaupun kami adalah golongan OKU namun bantuan diberikan ini turut merangkumi sesiapa saja yang memerlukannya,” katanya.

Ras Adiba berkata, persatuannya cuba melakukan yang terbaik untuk membantu golongan yang ditimpa kesusahan akibat pandemik sejak tahun lalu, terutamanya golongan OKU.

Menurut beliau lagi, berdasarkan statistik, seramai 4.7 juta orang kelainan upaya direkodkan mengikut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) namun hanya 590,000 yang berdaftar secara rasmi.

“Kami cuba melakukan yang terbaik tanpa mengira perbezaan mereka,” katanya.

Tambah beliau, persatuannya kini sedang meneliti kerjasama dengan Petra Group untuk mewujudkan hotline bagi membantu golongan yang mengalami masalah mental akibat pandemik.

“Masalah mental dalam kalangan masyarakat dilaporkan meningkat sepanjang wabak COVID-19 melanda negara dan mereka perlu dibantu,” katanya.

Petra Group bergerak secara proaktif dalam menghulurkan bantuan komuniti sejak penularan wabak COVID-19 dengan membantu golongan pelarian, Orang Asli, hospital, kanak-kanak, warga emas dan kumpulan B40, membabitkan peruntukan bernilai RM7 juta.

Sementara itu, Pengerusi Petra Group, Vinod berkata, beliau sentiasa mengikuti perkembangan Ras Adiba dan inisiatif dilaksanakannya.

Katanya, beliau juga senada dengan Ras Adiba bahawa golongan OKU terutamanya yang B40 adalah yang paling kurang mendapat perhatian.

“Disebabkan perbezaan mereka, walaupun tergolong dalam golongan M40 sekali pun, mereka bergelut seperti golongan B40 kerana kurangnya peluang. Ia sangat mengejutkan.

“Ia sangat membimbangkan apabila negara seperti Malaysia tidak mampu membantu golongan yang memerlukan. Tidak sepatutnya ada golongan miskin kerana negara memiliki sumber yang cukup dan kerajaan perlu memberi perhatian terhadap isu ini,” katanya.

Beliau berkata, aspirasi golongan OKU harus diberi sokongan kerana mereka juga memberi sumbangan dalam cara tersendiri dan ia tidak seharusnya dipinggirkan.

Vinod menambah, perkara ini adalah faktor utama yang mendorong kerjasama Petra Group dengan persatuan yang mempunyai solusi dalam menangani masalah sebegini.

“Sudah tiba masanya pemimpin dan ahli perniagaan untuk turut serta dalam membantu pembangunan masyarakat.

“Golongan ini (OKU) harus diberi peluang dengan penjagaan khusus terutamanya golongan M40 dan B40 kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar. Kita harus peka terhadap isu ini,” katanya. – Getaran, 19 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ibarat Peluang Kedua, Vinod Sekhar Ikrar Beri Yang Terbaik

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang