web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Pertandingan, Pesara Polis Tetap Teruskan Tradisi Hias Rumah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 8:15AM

Jamaludin menunjukkan hiasan Jalur Gemilang yang dibuat di hadapan rumahnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Walaupun dalam keadaan norma baharu tanpa penganjuran pertandingan menghias rumah, pesara polis, Jamaludin Ahmad, 63, masih meneruskan tradisi itu untuk tahun ini.

Tradisi menghias rumah dengan bendera dan tulisan melambangkan kemerdekaan itu sudah dilakukannya sejak tiga tahun lalu.

Selain semangat kemerdekaan tinggi selaku bekas anggota unit beruniform, minat tersebut bermula sejak pertandingan menghias rumah dianjurkan rukun tetangga dan Masjid As-Syakirin di Kampung Tersusun Tasek, di sini.

Bukan sekadar menyertai pertandingan, Jamaludin berjaya memenangi tempat pertama pada penyertaan sulung tiga tahun lepas dan mengulangi kejayaan itu  pada tahun seterusnya.

Menurut Jamaludin, tradisi menghias rumah tetap diteruskan tahun ini walaupun tiada sebarang pertandingan dianjurkan.

Bekas anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu berkata, semangat kemerdekaan sudah lama sebati dalam dirinya, dan hiasan terbabit adalah manifestasi terhadap nilai patriotik tersebut.

Jamaludin memasang Jalur Gemilang di hadapan rumahnya.
Jamaludin memasang Jalur Gemilang di hadapan rumahnya.

Pertandingan menghias rumah untuk tahun ini katanya, terpaksa ditangguhkan disebabkan Perak masih dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Walaupun tiada pertandingan namun saya memutuskan untuk terus menghias rumah saya bagi merasai ‘mood’ merdeka.

“Saya menggunakan 225 Jalur Gemilang dan pelbagai ukiran untuk menghias bahagian hadapan rumah dan proses menghias ini mengambil masa 10 hari,” katanya kepada Getaran.

Menurut Jamaludin, dia turut menghasilkan satu hiasan Jalur Gemilang dan bendera negeri Perak menggunakan 275 botol air minuman serta 435 penutup botol yang diwarnakan mengikut warna kedua-dua bendera berkenaan.

“Tahun ini rasa sedih sikit kerana saya melihat tidak ramai yang mengibarkan serta menghias rumah mereka dengan Jalur Gemilang.

“Dengan menghias dan mengantung Jalur Gemilang ini sudah pasti akan menaikkan semangat dalam menghargai pengorbanan yang dilalui oleh datuk nenek kita ketika berjuang mendapatkan kemerdekaan,” katanya.

Jamaludin menarik perhatian, semua hiasan itu akan dikekalkan sehingga Hari Malaysia, 16 September depan.

“Ia lambang cinta saya pada tanah tumpah darah ini,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

3

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Maut, 6 Cedera Nahas 2 Kereta

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Semasa 54 minit yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

Semasa 10 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Sukan 1 jam yang lalu

MFL Denda Selangor FC: Sultan Sharafuddin Murka

oleh Wartawan The Malaysian Insight