web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terbabas Jatuh Gaung, Pemandu Lelaki Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 5:30PM

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa dari kenderaanya yang jatuh ke gaung di Kampung Kiambalang. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum jatuh ke gaung sedalam 15 meter, di Kampung Kiambalang, Jalan Kionsom, Inanam, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa, 56, dilaporkan mengalami kecederaan di beberapa anggota badan dan ditemui dalam kenderaan terbabit.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah (Bahagian Operasi), Pegawai Kanan Bomba I Misran Biaara ketika dihubungi Getaran mengesahkan kejadian tersebut.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu jam 8.04 malam tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki iaitu pemandu ditemui tersepit dalam kenderaan jenis Toyota Hilux berkenaan,” katanya.

Kenderaan yang terjunam masuk ke gaung. - Gambar ihsan Bomba
Kenderaan yang terjunam masuk ke gaung. - Gambar ihsan Bomba

Sehubungan itu, pihak JBPM bertindak mengeluarkan mangsa yang disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 9.30 malam tadi, selepas pegawai dan anggota bomba bertugas memastikan kawasan sekitar selamat,” katanya. - Getaran, 2 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Wanita Jatuh Gaung Gunung Korbu Selamat Dibawa Keluar

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki