web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ahli Perniagaan Didakwa Bunuh Pengawal Keselamatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 12:04PM

Ahmad Noor Azhar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan, Disember tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Noor Azhar didakwa membunuh S Thava Sagayam, 64, di Menara Majestic, Jalan CM Yusof, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 29 Disember tahun lalu, antara jam 8 hingga 9.30 pagi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pengarah Pendakwaraya Negeri, Azalina Rashdi manakala tertuduh diwakili peguam, Ariff Azami Hussein.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 18 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Turut hadir, isteri kepada mendiang Thava Sagayam iaitu E Philomena, 59, bersama empat peguam pemerhati M Kulasegaran, A Sivanesan, N Selvam dan Omar Kutty.

Getaran sebelum ini melaporkan, polis mengklasifikasikan semula kes seorang lelaki membelasah seorang pengawal keselamatan sebagai bunuh berikutan kematian mangsa.

Tertuduh sebelum ini sudah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada 6 Januari lalu mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan mangsa tidak membenarkan anak suspek mandi di kolam renang kerana kemudahan berkenaan tidak dibuka kepada orang ramai ketika itu. - Getaran, 9 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kecuaian Perubatan: Bekas CEO PROLINTAS Terima Pampasan RM5.1 Juta

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 21 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang