web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ABIM Sambut Baik Warta Semula HSKLU

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 8:27PM

Muhammad Faisal Abdul Aziz - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan negeri Selangor mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) nyata melegakan banyak pihak.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata, keputusan terakhir kerajaan negeri itu adalah satu sinar buat rakyat, kerana suara mereka akhirnya didengari pemerintah.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, mereka amat berbesar hati dengan pendirian kerajaan negeri yang bersikap terbuka dalam mendengar pandangan pelbagai pihak berhubung isu tersebut.

“Kami ingin menzahirkan penghargaan terhadap sikap terbuka yang dipamerkan kerajaan negeri Selangor terhadap segala bantahan dikemukakan oleh pihak yang khuatir akan kesan daripada penyahwartaan HSKLU.

“ABIM ingin tegaskan, setiap keputusan membabitkan kedudukan Hutan Simpan Kekal serta menyentuh isu alam sekitar dan perubahan iklim harus dibuat secara telus menerusi mandat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai mekanisme kebertanggungjawaban kerajaan terhadap rakyat,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pindaan perlu dibuat di peringkat undang-undang negeri untuk mengurangkan pemusatan kuasa pada Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam membuat sebarang keputusan berkaitan status hutan simpan isu yang melibatkan alam sekitar serta perubahan iklim.

“Pindaan ini penting bagi menangani isu darurat iklim yang pasti akan memberikan kesan kepada kehidupan rakyat pada masa akan datang,” katanya.

Jelas Faisal, ABIM pada masa sama sejak 19 Ogos lalu telah menggiatkan lagi usaha membawa isu perubahan iklim ini menerusi pelbagai platform dan berjaya mengumpulkan lebih 185 ribu tandatangan.

Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara pada Mei lalu didedahkan oleh Exco Selangor, Hee Loy Sian ketika sesi soal jawab sidang DUN Selangor pada 30 Ogos.

Pendedahan itu menimbulkan kritikan bukan sahaja daripada NGO alam sekitar, malah turut mendapat bantahan daripada semua ADUN Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Perlu Polemik Hadis 40, ‘Memang Hanya Untuk Pelajar Islam!’

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Zahir Rasa Sedih Pemergian Dr Razali Nawawi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasas Dan Presiden Pertama ABIM, Dr Razali Nawawi Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

NGO Hak Asasi Manusia Harus Ganding Bahu Tekan Kezaliman Tunisia - ABIM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki