web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayi 7 Bulan Kritikal, Kepala Dihempas Pengasuh Ke Lantai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 8:57PM

Mior Faridalathrash Wahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang bayi berusia tujuh bulan kini berada di ambang maut, selepas berada dalam keadaan kritikal apabila mengalami pendarahan dan keretakan di bahagian tempurung kepalanya, akibat dihempas ke lantai oleh seorang pengasuh berhati syaitan.

Kejadian menyayat hati itu dikatakan berpunca daripada tangisan anak malang tersebut, yang menimbulkan kemarahan wanita berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, insiden berkenaan berlaku di rumah suspek berusia 22 tahun itu di Lahat, kelmarin.

Menurut beliau, polis menerima laporan cubaan membunuh bayi itu pada jam 3.03 pagi semalam.

Berdasarkan laporan katanya, bayi tersebut dihantar oleh bapa kandungnya ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat dan aktif.

Beliau berkata, bapa mangsa kemudiannya dihubungi oleh suspek terbabit pada jam 2.35 petang hari kejadian yang meminta lelaki itu untuk datang ke rumah bagi mengambil mangsa, kerana dikatakan terjatuh dari ‘baby walker’.

“Setibanya bapa mangsa di rumah suspek, kepala anaknya didapati mengalami kesan bengkak dan beliau diberitahu, bayi malang berkenaan terjatuh dari dukungan wanita itu,” katanya hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, pemeriksaan oleh doktor di Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB) bagaimanapun mengesahkan anak kecil tersebut mengalami pendarahan dan keretakan di tempurung kepala.

“Siasatan lanjut yang dijalankan kemudiannya membawa kepada penahanan suspek wanita berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek dikatakan menghempas kepala mangsa sebanyak dua kali ke lantai kerana marah mendengar tangisan bayi tersebut.

“Suspek hanya berhenti melakukan perbuatan itu selepas menyedari mangsa tidak sedarkan diri,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata, polis sudah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh. – Getaran, 24 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah