web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembantu Peribadi Nicky Liow Didakwa Ubah Wang Haram, Kemuka Cukai Pendapatan Tidak Tepat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 6:49PM

Seramai 14 individu yang disyaki ahli ‘Geng Nicky’ dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 9 April lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang sebelum ini didakwa terbabit dalam “Geng Nicky”, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan berhubung pengubahan wang haram dan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan yang tidak tepat.

Lim Kang Li, 31, yang merupakan pembantu peribadi kepada ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee,  mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Kang Li didakwa membabitkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM119,826.72, mengikut Perenggan 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kang Li turut didakwa atas dua pertuduhan mengemukakan borang nyata cukai pendapatan secara tidak tepat dengan meninggalkan pendapatan berjumlah RM440,250 yang boleh dikenakan cukai sebanyak RM104,018.72 bagi tahun taksiran 2017 dan 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan dikenakan penalti khas sebanyak dua kali ganda daripada amaun cukai yang terkurang bayar, jika sabit kesalahan.

Wanita itu juga dituduh gagal mengemukakan borang nyata cukai pendapatan sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 77(1) akta sama bagi tahun taksiran 2019 tanpa alasan munasabah, mengikut subseksyen 112(1) akta sama yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cawangan Duta (Penggajian), Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim antara 4 Mei 2018 hingga 16 Mei 2020.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman, Rohaiza Abd Rahman dan Adip Sabir Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Goh Kim Lian dan Datuk Krishnan Kesavan Nair.

Ahmad Kamar membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali sehingga kes selesai serta menetapkan 8 November untuk sebutan semula kes.

Pada 9 April lalu, Lim dan 13 individu termasuk empat warga China dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan terbabit dalam “Geng Nicky” mengikut Seksyen 130V(1) dan Seksyen 130W Kanun Keseksaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Tunggakan Cukai Pendapatan: Muhammad Shafee Perlu Bayar RM5.5 Juta Kepada LHDN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global