web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


12,000 Kilogram Kulit Kayu Tangar Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 4:25PM

Niai rampasan dianggarkan bernilai RM420,000.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PITAS - Lebih 12,000 kilogram kulit kayu tangar yang dianggarkan bernilai RM420,000 berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat dalam Op Khazanah, pagi Selasa lalu.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Supritendan (ASP) Cyril Douglas berkata, rampasan tersebut dibuat selepas pasukannya menemui kulit kayu tangar berkenaan di kawasan bakau Sungai Mengkapung, Pitas.

Cyril berkata, pemantauan dan hasil risikan mendapati terdapat sebuah pondok yang didirikan secara haram di lokasi terbabit.

Beliau berkata, pondok ini dipercayai digunakan sebagai tempat pengumpulan kulit kayu tangar sebelum dibawa keluar untuk dijual ke negara jiran.

“Pasukan kita telah menyerbu lokasi berkenaan dan telah berjaya menemui 12,000 kilogram kulit kayu tangar.

“Rampasan ini telah kita rujuk kepada Jabatan Perhutanan Pitas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Cyril memberitahu, PPM Kudat dan Jabatan Perhutanan Pitas telah berkerjasama untuk memusnahkan barang rampasan ditempat kejadian.

Dalam pada itu, PPM Sabah katanya, sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Sebarang maklumat atau laporan boleh disalurkan melalui aplikasi Whatsapp ke nombor Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Marin Rampas Benih Udang Kara Seludup Bernilai RM3.31 Juta Di Kota Tinggi

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan