web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Marin Rampas Benih Udang Kara Seludup Bernilai RM3.31 Juta Di Kota Tinggi

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2024 8:14AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas benih udang kara seludup bernilai RM3.31 juta di perairan Tanjung Merak, Pengerang dekat Kota Tinggi kelmarin. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Deputi Superintendan Polis Mohd Syamsuri Mohamad berkata rampasan dilakukan Unit Risikan Marin (URM) pada 12 tengah hari, menerusi Op Taring Gelora. 

Beliau berkata kegiatan itu dipatahkan selepas URM berjaya memintas dan memberhentikan sebuah bot fiber, yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan. 

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas bot menemukan sebanyak 46 kotak gabus berisi benih udang kara tersebut. 

"Disyaki, sindiket ini menjalankan kegiatan penyeludupan dengan mendapatkan bekalan benih dari negara luar bagi pasaran tempatan dan juga luar negara," katanya dalam kenyataan semalam. 

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang merupakan tekong bot turut ditahan dalam operasi itu serta menyita bot fiber dan dua enjin sangkut jenama Suzuki. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 40 Akta Perikanan 1985. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan Jatuh Laut di Perairan Kuala Endau Ditemui Lemas 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Seludup 17 PATI, Tekong Darat Dicekup

4

Semasa 3 tahun yang lalu

12,000 Kilogram Kulit Kayu Tangar Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad