web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seludup 17 PATI, Tekong Darat Dicekup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 8:57PM

Suspek membawa semua PATI berkenaan yang berusia antara enam bulan hingga 50 tahun menaiki sebuah pacuan empat roda. - Gambar ihsan PPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didakwa menyeludup 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, di Batu 1, Jalan Apas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, suspek, 31, didakwa membawa semua PATI berkenaan yang berusia antara enam bulan hingga 50 tahun menaiki sebuah pacuan empat roda.

Kesemua pendatang itu baru tiba dari Sungai Nyamuk, Indonesia ke perkampungan atas air di Batu 4, Jalan Apas sebelum dibawa menaiki kenderaan yang dipandu tekong darat tersebut.

Bagaimanapun, pergerakan mereka diketahui Pasukan Polis Marin (PPM) yang membuat intipan lebih awal sebelum menahan kenderaan terbabit ketika berhenti di lampu isyarat.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan (DSP) Ridzauddin Selamat berkata, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu sesak dengan penumpang termasuk di bahagian belakang.

“Terdapat lima lelaki, sembilan wanita dan empat bayi serta kanak-kanak berada dalam kenderaan terbabit.

“Hanya pemandu kenderaan memiliki kad pengenalan, manakala selebihnya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Tekong darat dan PATI terlibat ditahan susulan insiden, manakala kenderaan mereka bernilai RM68,000 turut dirampas bagi membantu siasatan.

Tambah Ridzauddin, semua suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Suspek lelaki tempatan itu akan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, manakala PATI disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63. - Getaran, 17 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Marin Rampas Benih Udang Kara Seludup Bernilai RM3.31 Juta Di Kota Tinggi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini