web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nelayan Jatuh Laut di Perairan Kuala Endau Ditemui Lemas 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 9:07PM

Seorang nelayan yang hilang sewaktu menangkap ikan ditemui lemas di Perairan Kuala Endau, di sini, hari ini. - Gambar ihsan Maritim Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN -  Seorang nelayan yang hilang sewaktu menangkap ikan ditemui lemas di Perairan Kuala Endau, di sini, hari ini. 

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, mayat Heng Kai San, 48, ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di kawasan tersebut. 

Menurut beliau, mendiang ditemui terapung oleh bot nelayan tempatan di kedudukan 8.4 batu nautika timur laut Kuala Endau pada 9.06 pagi. 

"Mayat mangsa telah diberikan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) untuk dibawa Jeti PPM Teluk Gading dan seterusnya dihantar ke Hospital Rompin bagi tindakan selanjutnya. 

"Pengecaman mayat telah dibuat dan operasi ditamatkan pada jam 10.30 pagi ini," katanya hari ini. 

Bagi memperkasakan operasi Kamal Ariffin berkata,  pihaknya turut bekerjasama dengan 

Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor bagi mendapatkan bantuan mengesan mangsa, melibatkan sektor pencarian sasaran seluas 27.84 batu nautika persegi.

Menurut beliau, maklumat berkenaan kejadian itu turut disalurkan kepada komuniti nelayan tempatan dan beberapa rakan agensi bagi membantu pencarian.

"Maritim sentiasa bersiap-sedia memberikan perkhidmatan dan bantuan kecemasan kepada komuniti maritim serta agensi kerajaan lain yang mengalami kecemasan di laut atau ditimpa bencana.

"Pada masa sama, Maritim juga akan memperkasakan penguatkuasaan di perairan negara," katanya. 

Beliau turut menggesa komuniti maritim khususnya nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan ketika berada di laut. 

"Semua pihak perlu sentiasa memakai jaket keselamatan. 

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan dan jenayah di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999," katanya. - Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Marin Rampas Benih Udang Kara Seludup Bernilai RM3.31 Juta Di Kota Tinggi

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global