web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Patut Jadikan Isu Perkauman Mainan Politik - Prabakaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 5:14PM

P Prabakaran- Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu perkauman tidak sepatutnya dijadikan sebagai modal oleh sesetengah pihak bagi meraih mata politik, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, P Prabakaran.

Menurut beliau, masyarakat perlu mengenepikan isu perkauman untuk membawa Malaysia pada satu aras yang lebih tinggi dan bersifat progresif.

"Walaupun individu terbabit sudah mohon maaf dan meletakkan jawatan disebabkan kontroversi tersebut, namun isu perkauman dilihat sengaja dimainkan sesetengah pihak bagi meraih mata politik.

"Kes ini bukan pertama kali terjadi malah sudah kerap dicetuskan pemain politik negara," katanya hari ini.

Prabakaran menyatakan demikian susulan hantaran berbaur perkauman oleh Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pasir Puteh, Borhanuddin Che Rahim di laman sosial Facebook terhadap pemain perseorangan wanita negara, S Kisona selepas beliau tewas di tangan pemain Jepun pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland.

Tegas beliau, BERSATU jelas tidak menghormati konsep Keluarga Malaysia yang dizahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana sukan seharusnya menjadi satu wadah yang bebas daripada unsur isu perkauman.

"Saya menyelar mana-mana pihak yang sengaja menggunakan modal perkauman dalam meraih mata politik.

"Kita patut keluar daripada isu perkauman ini dan mula mencari titik persamaan dalam membangunkan negara ke arah yang lebih baik kerana pada akhirnya, Malaysia ialah milik semua," ujarnya.

Kenyataan dibuat Borhanuddin turut mengundang kecaman Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berkata, rakyat Malaysia dibarisi dua kelompok masyarakat termasuk 'bangang dan bodoh’ kerana tidak tahu menggunakan bahasa baik. - Getaran, 4 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 47 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 52 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah