web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kuil Kek Lok Si Terbakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 5:22PM

Bomba berdepan dengan kesukaran untuk memadamkan api kerana kedudukan tokong itu yang terletak di atas bukit.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

­­­GEORGE TOWN - Sebahagian daripada tokong Kek Lok Si yang berusia 130 tahun di Air Itam di sini terbakar, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Mohd Shakir Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 2.56 pagi tadi.

Beliau berkata, seramai enam anggota BBP Paya Terubong, dengan dibantu sembilan anggota daripada BBP Jalan Perak dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun, Mohd Shakir berkata, pihaknya berhadapan dengan kesukaran untuk memadamkan api kerana kedudukan tokong itu yang terletak di atas bukit.

“Jentera kita mempunyai ketinggian sehingga lima meter, namun pintu gerbang di kuil itu hanya berketinggian empat meter.

“Jadi, kami terpaksa meletakkan jentera di luar dan berjalan kaki sehingga 600 meter untuk ke lokasi kejadian. Selain itu, kami juga berhadapan kesukaran untuk mendapatkan sumber air,” katanya kepada Getaran.

Keadaan kuil selepas api dipadamkan.
Keadaan kuil selepas api dipadamkan.

Mohd Shakir berkata, ketika kejadian terdapat empat penjaga kuil berada di lokasi kejadian, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Sebanyak 70 peratus bilik sembahyang di Kek Lok Si terbakar dan difahamkan, ini adalah kali pertama kejadian seumpama itu menimpa kuil berkenaan.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.30 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan. Kami berharap selepas ini pihak pengurusan kuil itu dapat menambah baik fasiliti kecemasan di situ,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di kuil bersejarah berkenaan mendapati aktiviti perniagaan, pembelajaran, dan sembahyang masih dijalankan seperti biasa.

Pihak pengurusan hanya menutup lokasi kebakaran kepada orang awam dan enggan memberikan sebarang komen mengenai kejadian itu. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang