web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Kru Produksi Mengaku Salah Miliki Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 5:31PM

Ketiga-tiga tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Seorang aktor, pengarah dan pembantunya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan memiliki dadah, Ahad lalu.

Muhamad Niezam Mohd Zaidi,29, Mohd Latiff Zami, 49 dan Saiful Zaidrin Ismail,46, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Mohd Shazmeer Zamhari.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Niezam yang popular dengan watak Rodi dalam filem Budak Pailang didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 1.15 gram.

Mohd Latif pula didakwa memiliki dadah jenis yang sama seberat 0.30 gram manakala Saiful Zaidrin didakwa memiliki dadah jenis metafetamin seberat 0.38 gram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, di sini.

Muhamad Niezam dan Mohd Latif didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Saiful Zaidrin berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Intan Shafini Mior Shahrin.

Mohd Shazmeer kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 kepada Muhamad Niezam, RM2,600 kepada Mohd Latiff dan RM3,200 kepada Saiful Zaidrin, masing-masing dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 1 Disember depan bagi menunggu laporan kimia.

Getaran semalam melaporkan, seorang aktor, pengarah dan pembantunya ditahan di sebuah inap desa di Chandan Putri di sini, kelmarin, selepas didapati positif dadah.

Masing-masing yang berusia 28 hingga 49 tahun itu direman selama dua hari bermula hari ini. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang