web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Angkara Cemburu, Pesara Tentera Maut Ditikam 9 Kali

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Oct 2021 7:59PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pesara tentera ditemui mati dengan sembilan kesan tikaman di kawasan semak di Bukit Sumpitan, Selama, semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 42 tahun itu dibunuh dipercayai angkara cemburu, selepas didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan mangsa dipercayai dilarikan secara paksa oleh dua lelaki yang dikenalinya kira-kira jam 3 petang di Taman Ngah Ibrahim, Taiping, Ahad lalu.

Katanya, mangsa dipercayai dilarikan oleh suspek bersenjatakan besi dengan menggunakan kereta jenis Nissan Almera.

Menurutnya, polis berjaya menahan kedua-dua suspek terbabit di dua lokasi berasingan.

“Suspek pertama, seorang tentera berusia 34 tahun diberkas di Perlis pada 13 Oktober (semalam) manakala seorang lagi suspek berusia 31 tahun yang bekerja sendiri ditahan di Taiping pada 12 Oktober (kelmarin).

“Siasatan awal mendapati suspek yang bertugas sebagai anggota tentera menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya,” katanya hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada lokasi penemuan mayat mangsa.

Katanya, mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari sebelum mayatnya ditemui.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari manakala kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah dan Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh,” katanya. - Getaran, 14 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Zayn Rayyan Kembali Hangat, Ibu Bapa Direman Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki