web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Peratusan Kes Sporadik Di Sabah Semakin Meningkat - Masidi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 7:36AM

Petugas kesihatan memeriksa dokumen kesihatan dan sijil vaksinasi penumpang yang bertolak ke Menumbok, Sabah, di Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada 16 Oktober. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Peratusan kes sporadik COVID-19 di Sabah semakin meningkat iaitu hampir 39 peratus daripada 639 kes keseluruhan yang dicatatkan hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi, yang juga jurucakap COVID-19 Sabah, berkata adalah dikhuatiri peralihan negeri itu ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) Isnin ini yang membenarkan lebih banyak aktiviti sosial dan ekonomi akan meningkatkan risiko jangkitan secara sporadik.

“Kes-Kes sporadik biasanya berlaku kerana kelalaian tidak mematuhi SOP semasa bergaul atau berada di khalayak ramai.

“Adalah amat diharapkan keseluruhan masyarakat akan lebih bertanggungjawab dalam mematuhi semua SOP yang berkuat kuasa bagi mengelak jangkitan virus COVID-19,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata menerusi pembukaan semula sempadan daerah dan peralihan Sabah ke Fasa Tiga PPN, setiap individu kini bertanggungjawab sebagai benteng barisan hadapan dalam usaha membanteras virus COVID-19.

Masidi juga berkata jumlah kes baharu yang didaftar hari ini menunjukkan penurunan sebanyak 81 kes berbanding 720 semalam.

Beliau berkata daripada 639 kes baharu, sebanyak 350 atau 55 peratus adalah kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam lepas manakala selebihnya kes lewat didaftar sekurang-kurangnya dua hari selepas keputusan saringan diketahui.

“Keberkesanan pengambilan vaksin dapat dilihat daripada kategori pesakit yang dilaporkan setiap hari.

“Mereka yang telah divaksin (lengkap) memiliki imuniti yang lebih tinggi dan kalau pun dijangkiti hanya akan berada dalam kategori pesakit satu dan dua,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka

Semasa 5 jam yang lalu

6 Kes Pencerobohan Direkodkan Di Taman Negara Terengganu

Semasa 5 jam yang lalu

SPAN Bangunkan Pelan Strategik Tangani Rasuah Dalam Industri Perkhidmatan Air

Semasa 5 jam yang lalu

‘Beri Lebih Masa, Fikirlah Nasib Peniaga Kecil’ - FSGMAM

oleh Sophia Ahmad