web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Lengkap 14 Hari Dos Vaksin, 5 Lelaki Dikompaun Rentas Negeri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 5:57PM

Nor Omar ketika menjalankan pemeriksaan pematuhan SOP di Teluk Batik, Lumut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Gara-gara merentas negeri sebelum melepasi tempoh 14 hari untuk dos kedua vaksin, lima lelaki dikompaun ketika sedang asyik bercuti di Teluk Batik dan Teluk Senangin, di sini, hari ini.

Kesemua yang dikompaun berusia 19 hingga 20 tahun dan berasal dari Tanjung Karang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Nor Omar Sappi berkata, kesemua mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang atas kesalahan merentas negeri sebelum melepasi tempoh matang dos kedua vaksin.

“Lima lelaki yang dikompaun itu dipercayai datang ke Teluk Batik, di sini, untuk beriadah dengan berkonvoi motosikal secara berkumpulan.

“Semakan pada aplikasi MySejahtera mendapati kesemua mereka sudah menerima dua dos vaksin tetapi belum melepasi tempoh 14 hari bagi dos kedua,” katanya.

Nor Omar berkata, pemeriksaan pagi ini mendapati majoriti pengunjung terutama dewasa mempunyai dos vaksin yang lengkap dan melebihi tempoh matang iaitu 14 hari selepas dos kedua.

Menurutnya, selain itu, satu kompaun atas kesalahan sama turut dikeluarkan terhadap seorang individu di Marina Wings, di sini, pada 18 Oktober lalu.

Katanya, pihaknya sudah mengeluarkan 3,721 kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP sejak Mac tahun lalu hingga hari ini.

Operasi di dua lokasi pantai peranginan terkenal itu turut disertai 46 anggota membabitkan polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi