web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia Muncul Kembali

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Nov 2021 4:32PM

Salah satu tarikan pelancongan iaitu Taman Bunga Matahari di Bagan Datuk, Perak. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before oleh Tourism Malaysia kembali ditawarkan menerusi platform e-dagang, Shopee mulai hari ini hingga 31 Disember depan.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab berkata, kempen itu menawarkan pelbagai pakej percutian dan baucar diskaun menarik di seluruh negara.

Menurut beliau, kempen menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1.0 ini bertujuan meningkatkan promosi pelancongan domestik di platform digital.

"Orang ramai yang ingin bercuti boleh menuntut baucar diskaun RM100 dengan pembelian minimum RM150 bagi tawaran dan pakej pelancongan daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) serta Malaysia Inbound Chinese Association (MICA).

"Ini termasuk pakej pelancongan daripada Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan India Malaysia (MITTA), Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA)," katanya hari ini.

Zainuddin berkata, tawaran tersebut ialah tambahan kepada promosi sedia ada, iaitu baucar rebat RM100 bagi hotel bertaraf empat dan lima bintang serta baucar rebat RM50 bagi hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah, hasil kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH).

"Sehubungan itu, kita berharap tawaran percutian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri dan pelancongan domestik," katanya. - Getaran, 2 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Politik 5 bulan yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

4

Semasa 6 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 47 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 42 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global