web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lagi Insiden Siakap ‘Kayangan’, Wanita Rasa Teraniaya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 4:17PM

Bil makanan yang berjumlah RM1,660 yang dikenakan kepada Rohani.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes siakap ‘kayangan’ terus hangat diperkatakan di media sosial apabila seorang lagi individu tampil mendakwa terkena nasib malang di restoran sama yang ditularkan sebelum ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsi gambar bil kunjungan keluarganya ke sebuah restoran terapung di Langkawi, Kedah pada 22 Oktober lalu yang berjumlah RM1,660.

Bil yang perlu dibayar menunjukkan bukan sahaja ikan siakap, tetapi telur dadar yang berharga RM12 untuk dua set seolah-olah tidak masuk akal.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Rohani, dia terkilan apabila tidak dimaklumkan terlebih dahulu saiz ikan siakap yang dihidangkan kepada mereka sekeluarga.

“Pesan macam biasa siakap tiga rasa satu, udang masak pedas tetapi tidak diberitahu berapa kilogram (kg) ikan siakap yang akan diberikan.

“Sedia maklum makan di restoran terapung mesti mahal dan dalam kiraan mungkin lebih kurang RM600 hingga RM700 untuk Kak Ani dan anak-anak,” katanya.

Namun katanya dia terkejut apabila diberikan ikan siakap seberat 4.98kg yang harganya sahaja berjumlah RM896.40.

“Kami diberikan siakap 4.98kg dan jumlah keseluruhan bil RM1,660. Kak Ani makan bersama suami, mak dan anak-anak yang masih kecil.

“Bukan tidak mampu, cuma rasa teraniaya,” katanya.

Jelas wanita itu lagi, ramai pelanggan menerima nasib sama seperti mereka sekeluarga kerana pemilik restoran itu tidak memaklumkan dan menunjukkan saiz ikan tersebut terlebih dahulu.

“Ada sebuah keluarga di belakang Kak Ani waktu tu kumpul duit dari mak dan adik-beradik. Kasihan, nampak sedih dan terkejut.

“Semoga peniaga lebih telus selepas ini, maklumkan pelanggan kemungkinan harga. Ambil pengajaran selepas ini sebagai pelanggan yang bijak. Tanya betul-betul harga dan timbang dahulu di depan mata,” katanya.

Hantaran tersebut mendapat ribuan perkongsian di Facebook dan majoriti warganet kecewa dengan sikap peniaga restoran terbabit yang tidak jujur kepada pelanggan.

“Ya Allah, air kosong pun caj RM5. Kat kedai saya air kosong dan air masak kami bagi free je. Kadang ada customer yang susah bawa anak ramai. Kasihan kita tengok mereka,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Azizah pada ruangan komen.

“RM89.40 ÷ 4.98kg = RM180/kg siap masak. Giler mahal! Ikan siakap je kot. Lagi mahal dari siakap 11 tahun group ustaz tu makan RM160/kg,” kata Khairul Anuar.

Sebelum ini media melaporkan kisah yang hampir sama berlaku bagi sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat melebihi tujuh kg semasa bercuti di Langkawi baru-baru ini. - Getaran, 6 November 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 2 minggu yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Buka Sektor Penerbangan Untuk Turunkan Harga, Rancakkan Semula Pelancongan Langkawi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka