web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Seludup Ubat Gigi Gagal, Produk RM35,000 Dirampas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 8:03PM

Ubat gigi yang disyaki menggunakan jenama tidak sah bernilai RM35,000 dirampas di Pelabuhan Utara, Klang, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Satu cubaan menyeludup ubat gigi menggunakan jenama tidak sah bernilai RM35,000 di Pelabuhan Utara Klang, gagal apabila tindakan itu dihidu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan itu  dijalankan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke atas sebuah kontena dari Pelabuhan Ningbo, China selepas mendapat aduan daripada wakil pemilik cap dagang.

Menurut beliau, kerjasama strategik kemudian segera digerakkan dengan JKDM untuk pemeriksaan secara menyeluruh.

"Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 50 kotak mengandungi 72 ubat gigi jenama terlibat berada dalam kontena berkenaan.

"Jenama itu disyaki menyerupai cap dagangan berdaftar atau sah yang dimiliki sebuah syarikat terkenal," katanya hari ini.

Menurut Zikril Azan, siasatan pihaknya turut mendapati, kemungkinan berlaku kesilapan ejaan membabitkan cap dagangan asal itu.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 99 (1) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu pemelancungan cap dagang dengan niat untuk menipu atau memalsukannya, manakal kesemua produk berkenaan dirampas untuk tindakan lanjut.

"Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Mana-mana individu atau pihak diingatkan agar lebih bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sama ada secara dalam talian atau fizikal khususnya yang  melibatkan kualiti dan keselamatan pengguna," jelasnya. - Getaran, 12 November 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 17 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad