web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantu Rakyat Terkesan COVID-19, JAWI Terima Sumbangan RM100,000 Dari China

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 5:07PM

Mohd Ajib (kiri) menerima replika cek dari Duta Besar Republik Rakyat China di Malaysia, Ouyang Yujing sambil disaksikan Idris pada Majlis Penyerahan Sumbangan JAWI Foodbank, hari ini. - Gambar dari Facebook Idris Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bank Makanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerima sumbangan berjumlah RM100,000 dari China hari ini, khusus bagi membantu golongan terkesan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, sumbangan tersebut disampaikan kepada Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail.

Menurut beliau, sumbangan tersebut bertujuan menjayakan misi bantuan Musaadah COVID-19 melalui program JAWI Food Bank, bagi memberi manfaat kepada penerima daripada pelbagai golongan di Wilayah Persekutuan tanpa mengira agama dan bangsa.

“Ia meliputi bantuan kepada petugas barisan hadapan dari sektor kesihatan dan keselamatan, komuniti B40, peniaga kecil, mualaf, ibu tunggal, pemandu teksi dan bas sekolah, pemandu p-hailing dan e-hailing, warga emas, golongan kurang upaya (OKU) serta gelandangan.

"Sehingga kini JAWI Food Bank dengan kerjasama rakan strategik telah mengagihkan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung bernilai RM4.8 juta kepada golongan terkesan di Wilayah Persekutuan," katanya.

Idris berkata, sumbangan itu mencerminkan hubungan akrab antara China dan Malaysia sejak sekian lama.

“Ini adalah kali ketiga sumbangan tersebut diterima sejak tahun lalu, melibatkan jumlah keseluruhan RM400,000.

Menurutnya, sumbangan itu adalah kali ketiga sejak 2020 yang keseluruhannya berjumlah RM400,000.

“Malaysia amat berbesar hati atas sumbangan diberikan dan sebelum ini kerajaan China juga ada menyumbangkan barangan kesihatan dan vaksin COVID-19 kepada rakyat.

“Bagi pihak JAWI sendiri, Program Dapur It'am yang dimulakan sejak awal pandemik melanda negara berjaya memberi manfaat kepada lebih dua juta penerima, melibatkan kos berjumlah RM16 juta,” katanya.

Idris memberitahu, JAWI bermula awal Oktober lalu telah mengaktifkan semula Program Dapur It'am 6.0 dengan peruntukan RM10.7 juta sehingga 6 Mac tahun depan.

"Inisiatif ini dijangka dapat dimanfaatkan 8,400 penerima setiap hari, dengan jumlah keseluruhan 1.2 juta individu sepanjang program itu berlangsung," katanya. - Getaran, 18 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Berkenan Terima Menghadap PM China Li Qiang

3

Semasa 3 bulan yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'