web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skim Harga Maksimum Dilancar, Bendung Masalah Kenaikan Harga Barangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Dec 2021 3:15PM

Ariffin diiringi Asif Moidu Ahamed, Pengarah Serantau Lulu Group Retail Sdn Bhd (kiri) dan Nurul Syarina Binti Md Anuar Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP WPKL (kanan) memeriksa harga barang semasa mengadakan Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Peringkat Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur di Lulu Hypermarket, Kuala Lumpur. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) melibatkan 12 barangan terkawal akan dilaksanakan bagi membendung kenaikan harga.

Langkah itu juga diyakini akan menstabilkan semua harga barangan berkenaan.

Kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, SHMKM bermula hari ini hingga 31 Disember di seluruh negara.

“Skim ini akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan akan berkuat kuasa mulai hari ini.

“Dalam tempoh 25 hari pelaksanaan skim, senarai barangan harga terkawal tersebut hendaklah diberi penandaan merah jambu (pink),” katanya pada sidang media program Pelancaran & Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.

Ariffin hadir pada majlis Pelancaran & Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Oleh Pengarah KPDNHEP WPKL di Lulu Hypermarket hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Ariffin hadir pada majlis Pelancaran & Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Oleh Pengarah KPDNHEP WPKL di Lulu Hypermarket hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Antara 12 barang tersenarai adalah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagian) dan ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

“Selain itu telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) dan telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji).

“Turut tersenarai kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, kobis Bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing),” katanya. 

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 112 premis diperiksa hari ini di seluruh ibu negara.

“Premis yang telah diperiksa meliputi pemborong utama, pasar-pasar awam, pasar raya dan kedai-kedai runcit.

“Hasil pemeriksaan ke atas semua premis tersebut, didapati semua peniaga mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasa kementerian,” ujarnya.

Orang ramai membeli barangan keperluan harian sempena Program Pelancaran & Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Lulu Hypermarket hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Orang ramai membeli barangan keperluan harian sempena Program Pelancaran & Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Lulu Hypermarket hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Jelas beliau lagi, bermula Januari sehingga hari ini, sebanyak 26,966 premis telah diperiksa di seluruh Kuala Lumpur, melibatkan 336 kompaun.

“Kebanyakan kompaun yang dikenakan mencakupi kesalahan tiada tanda harga serta tanda harga yang tidak betul,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memohon kerjasama pihak pasar raya dan peniaga agar memberikan sokongan serta kerjasama dalam menjayakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM)

“Pelaksanaan Jualan Murah amat digalakkan sebagai tanggungjawab sosial (CSR) dari pihak peniaga.

“Semua pihak di seluruh rantaian bekalan dari kalangan pengeluar, pemborong, pengedar dan penjual akan dikenakan tindakan tegas jika gagal mematuhi skim ini,” katanya. - Getaran, 7 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak Botol Kekal Hingga 7 Januari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak 5kg Turun Kepada RM30.90 Bermula Selasa

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Barangan Tersenarai Di Bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemborong Telur Kenakan Caj Pengendalian Diberi Notis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 11 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'