web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wujud Diskriminasi KKM Terhadap SOP Masjid Untuk Rapatkan Saf Solat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 3:35PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) antara rumah ibadat Islam berbanding sektor lain ternyata memiliki perbezaan yang amat ketara.

Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) itu membuktikan seolah-olah wujud diskriminasi keputusan melibatkan SOP di masjid dan surau.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Menurut beliau, kerajaan seolah-olah hanya mewujudkan alasan yang membuatkan beliau musykil terhadap perbezaan layanan SOP itu.

“Saya sendiri terlibat dalam perbincangan itu dan mencadangkan agar dirapatkan semula saf di masjid, namun setiap kali sampai kepada isu ini, sentiasalah dibangkitkan balik masalah jangkitan, masalah varian baharu, masalah pengudaraan dan pelbagai lagi.

“Namun, hal yang sama kita lihat di stadium dan juga di kenderaan awam seperti di dalam kapal terbang ataupun bas, tidak pula hal (duduk rapat-rapat) ini ditimbulkan,” tegasnya menerusi hantaran di media sosial.

Sehubungan itu, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menggesa KKM membuat penilaian semula berkenaan SOP di masjid dengan memberi layanan yang sama.

“Saya rasa pihak KKM perlu bertindak secara adil dan jujur untuk melakukan pertimbangan dengan lebih wajar. Jika boleh di sana (SOP sektor lain), mesti boleh di sini (SOP masjid).

“Saya rasa banyak persoalan dan kemusykilan yang timbul dengan sikap diambil oleh pihak KKM dan  seolah-olah ada diskriminasi keputusan apabila berhubung dengan masjid. Justeru, keputusan itu perlu disemak semula,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee menegaskan, SOP membenarkan saf dirapatkan ketika solat berjemaah di masjid dan surau, khasnya di Kuala Lumpur perlu dikaji semula.

Menurut beliau, orang ramai khususnya umat Islam termasuk golongan asatizah melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan pendirian pihak berkuasa agama yang dilihat tidak begitu cakna dengan perkembangan semasa.

“Dalam hal ini, saya mencadangkan supaya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pejabat Mufti WPKL segera mengkaji semula SOP solat berjemaah di seluruh masjid dan surau di Kuala Lumpur.

“Jika ribuan penonton dibenarkan hadir ke stadium dan aktiviti sosial dilonggarkan, kenapa untuk solat berjemaah di masjid dan surau masih diperketatkan,” soalnya.

Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee
Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali berkata, penjarakan sosial ketika solat berjemaah di masjid dan surau sebenarnya tidak lagi perlu dilaksanakan berdasarkan kepada penurunan bilangan kes semasa COVID-19.

“Lagipun, ada sesetengah negeri difahamkan telah membenarkan jemaah merapatkan saf seperti dituntut dalam agama.

“Langkah ini juga bagi mengelak persepsi negatif dan fitnah berhubung ketertiban dalam melakukan ibadat solat berjemaah sejak pelaksanaan SOP dua tahun lalu,” katanya.

Justeru, beliau menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, pejabat Mufti dan pihak MAIWP perlu mencari kata sepakat terhadap isu itu demi kemuliaan agama Islam daripada terus menjadi bahan sindiran serta fitnah oleh sesetengah pihak.

“Saya amat berharap pihak berkenaan menyembahmaklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentang cadangan merapatkan saf solat berjemaah di masjid dan surau,” katanya.

Terdahulu, isu berkenaan mula dipertikaikan selepas tularnya tangkap layar di media sosial yang memaparkan aksi ribuan penonton membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City FC (KL City).

Susulan itu, netizen melakukan perbandingan antara kebenaran yang diberikan untuk penyokong bola sepak dengan kewajaran buat solat jemaah masjid dan surau.  – Getaran, 7 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Arwah Jaafar Onn Sering Ingatkan Mengenai Solat

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka