web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hakim Mahkamah Tinggi Tidak Tersalah Jatuh Hukum Kes Najib

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 11:53AM

Seorang penyokong Najib memakai kemeja yang tertera mesej sokongan terhadap bekas perdana menteri itu. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan salah guna kuasa berhubung kes SRC International.

Ini berdasarkan keputusan sebulat suara dibacakan oleh hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Panel hakim berkenaan sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Abdul Karim berkata, Mahkamah Rayuan berpegang dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa perayu mempunyai kepentingan peribadi dalam kelulusan kabinet bagi pinjaman RM4 bilion oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Mahkamah Rayuan juga bersetuju dengan dapatan mahkamah tinggi bahawa Najib adalah pengarah bayangan SRC dan beliau melantik pengarah dalam syarikat itu serta menandatangani surat pelantikan.

“Disebabkan itu semua pengarah mematuhi arahan Najib dan tiada bukti menunjukkan bahawa mereka tidak mematuhi keputusan berkenaan,” katanya.

Najib, 68, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas atas hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhkan ke atasnya, bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga kes pengubahan wang haram.

Beliau juga dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta. - Getaran, 8 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang