web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DNB Bakal Jadi Skandal Popular Seperti 1MDB?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Dec 2021 12:00PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu pelantikan Digital Nasional Berhad (DNB) oleh Kementerian Kewangan (MOF) melibatkan penyediaan rangkaian 5G di negara ini dilihat bakal menjadi skandal besar seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu ditegaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas melihat tidak ada satu dasar kukuh di samping ketiadaan ketelusan dan tender yang jelas terhadap DNB sebagai pemborong tunggal teknologi tersebut.

Pada masa sama, beliau juga percaya beberapa syarikat yang diberikan tender secara rahsia oleh kerajaan dalam projek itu dimiliki oleh beberapa tokoh utama politik.

“Rakyat nak tahu, sejak Mac 2020 keputusan dibuat dan diberi secara rahsia kepada beberapa syarikat yang dipercayai melibatkan tokoh utama politik dan kaitannya.

“Pokoknya, tiada tender, proses tak teratur dan kosnya tidak menentu, kadangkala RM15 bilion dan naik sehingga RM18 bilion,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya, lewat malam tadi.

Anwar turut mengesyaki syarikat telekomunikasi juga dipengaruhi dalam keputusan itu dan hairan kerana Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) tidak dilibatkan dalam rundingan mengenainya oleh Kementerian Kewangan.

Beliau yang juga Presiden Parti PKR berkata, terdapat keraguan menerusi pelaksanaan DNB yang dilihat tidak melalui proses perolehan secara teratur.

“Aneh, ini disebut kronisme, ketirisan, rasuah dan akan muncul lagi skandal baru sama atau lebih besar dari 1MDB.

“Beringat dan waspada kerana kita baru kebah dengan kisah 1MDB. Sekarang, kita berdepan dengan kemunculan satu skandal baru, DNB. Isu 5G yang diwar-war sangat penting. Tetapi tidak ada dasar jelas, tidak ada ketelusan, tidak ada tender,” katanya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut meluahkan rasa hairan dan pelik, apabila melihat kenyataan dikeluarkan syarikat berkenaan, sedangkan ia boleh dilakukan sendiri oleh kerajaan.

“Keputusan masa darurat (tahun 2020) dengan kesamaran digunakan kaut keuntungan, sebab itu kita harus waspada dan kami tetap akan menentang jika menggunakan kaedah yang ada sekarang.

“Mereka (kerajaan) berkeras akan muktamadkan Januari ini, kita beri peringatan, kita nak tahu syarikat mana dan siapa berselindung di atas,” katanya.

Terdahulu, pelaksanaan konsep rangkaian tunggal 5G atau Rangkaian Borong Tunggal (SWN) menerusi DNB sebagai agensi yang membina perkhidmatan teknologi itu menimbulkan kekecohan di kalangan netizen.

Pada masa sama, syarikat telekomunikasi dan penggiat industri juga dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan kerana DNB seolah-olah memonopoli projek tersebut.

Lebih menimbulkan kemusykilan apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis lalu memaklumkan, pelantikan DNB telah diputuskan oleh MOF dan dibuat tanpa melalui perbincangan bersama pihaknya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, semalam menepis dakwaan terbabit dan menegaskan, perundingan terhadap SWN bagi menjadikan DNB pemborong 5G telah dilaksanakan, awal tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada Februari 2020 hingga Ogos lalu berkata, perbincangan tersebut melibatkan KKMM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MOF yang telah diadakan sebelum bermulanya mesyuarat Kabinet 3 Februari lepas. - Getaran, 12 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah