web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masjid UiTM Shah Alam Dibuka Buat Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 2:59PM

Masjid UiTM Shah Alam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masjid Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam kini dibuka sebagai penempatan sementara susulan banjir yang melanda beberapa daerah di Lembah Klang.

Jurucakap UiTM memaklumkan, masjid tersebut boleh menjadi tempat berlindung buat mangsa banjir di sekitar Shah Alam manakala kolej di kampus berkenaan dijadikan sebagai tempat perpindahan dalam kalangan pelajar dan kakitangan universiti.

Pada masa sama, Universiti Awam (UA) itu turut melaksanakan serta-merta bantuan khas banjir kilat untuk warga UiTM yang disediakan oleh bahagian zakat, sedekah dan wakaf (ZAWAF) UiTM.

“Berikutan banjir melanda hampir keseluruhan Lembah Klang, UiTM mengambil langkah proaktif dan tindakan segera dengan membuka masjid UiTM Shah Alam sebagai penempatan sementara kepada mangsa banjir.

“Pihak yang ingin menyumbang kepada Tabung Sumbangan Banjir boleh berbuat demikian kepada Bendahari UiTM di akaun bank Affin Islamic Bank (No akaun 1051-4000-3422),” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap berkenaan  berkata, kakitangan dan pelajar universiti berkenaan sekitar Lembah Klang yang memerlukan bantuan diminta menghubungi Briged Sukarelawan UiTM di talian 0193813863.

“Kakitangan atau pelajar yang mahu menjadi sukarelawan juga boleh menghubungi nombor sama,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor turut meluahkan rasa simpati dan mendoakan keselamatan buat seluruh warga UiTM yang terkesan akibat banjir.

“Prihatin dengan nasib keluarga besar UiTM yang terkesan akibat banjir, semua bentuk tugasan pelajar yang perlu dihantar minggu ini akan ditangguhkan.

“Bagi warga UiTM yang terkesan pula, akan diberi cuti khas bagi membantu meringankan beban mereka,” katanya.

Terdahulu, sejumlah besar pemandu terpaksa bermalam di dalam kenderaan masing-masing sejak semalam apabila laluan untuk pulang ke rumah mereka di Setia Alam di sini serta Bukit Raja dan Meru di Klang ditenggelami air berikutan hujan lebat di Lembah Klang sejak kelmarin.

Kejutan besar turut melanda ibu negara malam tadi, selepas beberapa kawasan di sekitar bandaraya ini ditenggelami air susulan hujan lebat yang berterusan lebih 24 jam.- Getaran, 19 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi