web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Hulur Sumbangan, Luang Masa Bersama Mangsa Banjir di PPS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 8:37PM

Al-Sultan Abdullah mencemar duli melawat mangsa banjir di PPS Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa banjir di seluruh negara yang terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Lembah Klang akibat musibah banjir.

Seri Paduka berkenan mencemar duli berangkat melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru hari ini.

Pada masa sama, Al- Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada setiap mangsa yang ditempatkan di empat lagi PPS di Dewan Hamzah (Dang Wangi), Pusat Komuniti Sentul, SRJK Tamil Saraswathy dan Dewan Sri Endah Seputeh di Brickfields.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Seri Paduka baginda dilihat meluangkan masa hampir satu jam hingga tengah hari tadi menyantuni dan beramah mesra di PPS tersebut.

“Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mereka dengan harapan, ia dapat mengurangkan beban yang ditanggung akibat musibah banjir kilat susulan hujan lebat sejak 48 jam lepas,” kata Istana Negara

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah turut menasihati rakyat yang terkesan akibat banjir ini supaya bersabar dan reda dalam menghadapi ujian serta dugaan diberikan.

“Seri Paduka Baginda turut menyeru agensi-agensi kerajaan untuk turun menghulurkan segala bentuk bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara dengan lebih pantas, termasuk khemah yang mencukupi di PPS untuk keselesaan mereka.

“Rakyat juga diseru untuk bersama Al-Sultan Abdullah agar mendoakan semoga cuaca akan bertambah baik dan bencana banjir tidak berlarutan serta fenomena banjir terbesar pada tahun 1971 tidak berulang,” katanya. - Getaran, 19 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi