web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Bercuti Satu Fitnah, Kunjungan Atas Jemputan Rasmi - Hasanuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 12:46PM

Tangkap layar muatan Facebook menunjukkan Hasanuddin bersama isteri di Gunung Tochal, Iran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun foto percutiannya di sebuah kawasan bersalji di Iran tersebar meluas di media sosial, Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus tetap bertegas mengatakan dakwaan tersebut hanya fitnah semata-mata.

Pegawai Khas beliau, Abu Bakar Jalal berkata, ketuanya itu sentiasa mengikuti rapat perkembangan penduduk yang terkesan dengan banjir, malah berusaha mendapatkan penerbangan pulang secepat mungkin.

Dakwanya, Naib Presiden AMANAH itu sebenarnya mewakili Parlimen Malaysia bagi menghadiri 16th Session of the Parliamentary Union of the OIC Member State Conference yang diadakan pada 9 hingga 10 Disember.

Turut serta dalam lawatan itu jelas Abu Bakar, ialah Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Saari.

“Lawatan kerja beliau ke Iran ialah atas kapasiti sebagai ahli Parliamentary Friendship Group Asia Barat untuk Parlimen Malaysia.

“Tidak timbul isu Hasanuddin bercuti di Pergunungan Tochal di Iran semata-mata, kerana dia mengunjungi lokasi percutian itu hanya selepas tamatnya persidangan berkenaan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Abu Bakar menarik perhatian, Hasanuddin dijemput menghadiri persidangan tersebut atas peranannya sebagai aktivis yang aktif menjalankan misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

“Hasanuddin sebelum itu telah dijemput oleh Parlimen Pakistan dan Presiden Azad, Jamu dan Kashmir, Sultan Mehmood Chaudhry untuk membuat lawatan susulan, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menyandang jawatan Perdana Menteri pada 2019.

“Beliau juga pernah berada dalam kapal Mavi Marmara yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, justeru kunjungan itu adalah untuk berbincang mengenai pelbagai isu yang telah dirancang berminggu lamanya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abu Bakar turut menafikan dakwaan bahawa Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat tidak menghulurkan sebarang bantuan ke atas penduduk yang terjejas banjir.

“Tidak benar perkara itu, Hasanuddin telah mengarahkan semua petugas di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hulu Langat untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Bantuan telah kita hulurkan sejak bencana banjir bermula di Hulu Langat. Pasukan kita telah bertindak pantas dan semua pegawai kami telah membantu menyelia pusat pemindahan mangsa terjejas,” katanya.

Terdahulu, Hasanuddin dikecam hebat apabila gambarnya yang sedang bercuti di Gunung Tochal di Iran, tersebar luas di media sosial. - Getaran, 23 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bulan Sabit Merah Iran Sahkan Penemuan Helikopter Presiden Raisi Yang Terhempas

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Operasi Cari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 24 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah