web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Kesan Individu Terbabit Insiden Gaduh Di Gelanggang Futsal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 9:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan beberapa individu yang disyaki terbabit dalam insiden pergaduhan kumpulan di gelanggang futsal di Taman Perindustrian, Subang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata insiden pada kira-kira 10.30 malam itu disyaki berlaku akibat perselisihan faham dan pergelutan antara dua kumpulan ketika perlawanan persahabatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pergaduhan itu dipercayai berlaku apabila seorang lelaki berusia 19 tahun melakukan terjahan keras terhadap pemain pasukan lawan berusia 22 tahun ketika perlawanan berlangsung.

“Seorang lelaki berusia 29 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah dipukul oleh kira-kira 10 orang, mengakibatkan dia cedera di kening, muka dan calar di bahagian badan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Abd Khalid berkata siasatan mendapati tiada senjata digunakan dalam insiden itu dan pihaknya akan mengambil tindakan kompaun ke atas mana-mana individu terbabit sekiranya didapati berlaku pelanggaran Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Beliau berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung insiden itu daripada dua individu yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Hari ini tular di media sosial dua video yang memaparkan insiden pergaduhan di gelanggang futsal oleh sekumpulan lelaki. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minit yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Sukan 9 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC