web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Maqis Serah 8 Tan Ayam Beku Kepada Zoo Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 8:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) hari ini menyerahkan lebih lapan tan ayam beku kepada Zoo Negara sebagai bekalan makanan kepada haiwan di situ.

Ketua Pengarahnya Saiful Yazan Alwi berkata keseluruhan ayam beku itu adalah hasil rampasan oleh pelbagai agensi penguat kuasa di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Beliau berkata serahan yang dibuat itu adalah melibatkan kes rampasan sejak Disember 2020 hingga Januari tahun ini dengan anggaran nilai sebanyak RM66,088.

"Kesemua ayam beku ini telah dirampas ketika cuba dibawa masuk dari negara jiran ke Malaysia melalui pangkalan-pangkalan hari di tebing Sungai Golok.

Hasil siasatan mendapati kesemua daging ini dibawa masuk melalui jalan yang tidak diwartakan tanpa sebarang dokumen seperti permit import yang sah daripada Maqis," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sebanyak 8,136 kilogram (kg) kepada Zoo Negara di Kompleks Maqis Rantau Panjang di sini, hari ini.

Turut hadir mewakili Zoo Negara, pakar zoologi dan veterinar Dr Naim Ramli.

Menurut Saiful Yazan, ayam beku yang diserahkan kepada pihak zoo itu adalah yang masih segar dan selamat diberikan kepada haiwan di dalam zoo.

Mengulas lanjut, Saiful Yazan berkata perbuatan mengimport ayam beku tanpa permit merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

Katanya, untuk tempoh dua bulan pertama tahun ini sebanyak enam kes rampasan ayam beku  seberat  16 tan metrik bernilai RM128,960 direkodkan di Kelantan.

Beliau berkata pada 2020 pula sebanyak 53 kes rampasan ayam beku seberat 176.7 tan metrik bernilai RM1.4 juta direkodkan.

"Bagi mengatasi kegiatan penyeludupan ini, pegawai Maqis di lapangan diarah untuk memeriksa setiap kontena walaupun ia akan memakan masa lebih lama dan menyebabkan barisan panjang di tempat pemeriksaan.

Kita terpaksa melaksanakan tugasan ini kerana daging beku ini melibatkan isu halal iaitu sesuatu yang paling sensitif dalam kalangan umat Islam dan kita tidak boleh berkompromi dalam isu ini," katanya.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa di semua pintu masuk negara bagi memastikan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi peraturan yang telah ditetapkan selain bagi memastikan aspek biosekuriti negara terjamin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kelantan Gubal Semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kelantan Serah SPRM Siasat Isu Telaga Jejari

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024