web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Benarkah Perbincangan Salah Laku Azam Sudah Diadakan? - Edmund

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Jan 2022 1:46PM

Profesor Edmund Terence Gomez - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) digesa membuat penjelasan adakah benar pertemuan pada 24 November 2021 diadakan bagi membincangkan tuduhan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, seperti didakwa pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Pakar ekonomi, Profesor Edmund Terence Gomez, berkata tindakan ahli LPPR itu yang tidak mendesak siasatan bebas diadakan berhubung dakwaan pemilikan saham oleh Azam, turut menimbulkan persoalan.

“Jika mesyuarat diadakan pada 24 November, kenapa saya tidak dimaklumkan mengenainya ketika membincangkan isu itu bersama beberapa ahli LPPR pada Disember?

“Kenapa saya tidak dimaklumkan nama Azam dibersihkan oleh ahli lembaga pada mesyuarat itu?,” soalnya, hari ini.

Dalam pada itu, Edmund yang meletak jawatan bulan lalu kerana tidak berpuas hati terhadap kegagalan LPPR dalam menangani dakwaan terbabit, menegaskan kenyataan media dilakukan enam ahli LPPR terhadap respons Abu Zahar mengenai salah laku Azam tidak mencukupi.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan ahli lembaga itu yang mengatakan mereka tiada kuasa untuk membersihkan nama Azam daripada dakwaan.

“Jika mereka berkata demikian, bagaimana mereka boleh membersihkan nama Azam dalam perjumpaan 24 November?,” katanya.

Semalam, enam ahli LPPR menerusi kenyataan bersama, menafikan mereka menyokong pendirian Abu Zahar berhubung dakwaan pemilikan saham membabitkan Azam.

Kenyataan tersebut mewakili Tan Sri Ismail Omar, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Seri Akhbar Satar, Datuk Dr Hamzah Kassim, Datuk David Chua Kok Tee dan Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Menerusi kenyataan itu, mereka berkata, sebelum sidang media diadakan, ahli lembaga pengarah mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar.

Mereka turut mencadangkan perkara itu dirujuk selanjutnya kepada mana-mana panel dan jawatankuasa bebas, seperti Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah atau Panel Aduan SPRM.

Bagaimanapun, mereka mendakwa pandangan dan cadangan itu tidak dibangkitkan Abu Zahar pada sidang media berkenaan.

Susulan itu, keenam-enam mereka bertindak mengeluarkan kenyataan berkenaan bagi menjaga integriti LPPR dan institusi terbabit.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menggesa Abu Zahar memberi penjelasan penuh secara terbuka berkenaan keputusan tersebut yang menimbulkan pelbagai persoalan dan kemusykilan daripada pelbagai pihak.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sekiranya Abu Zahar masih berdiam diri, beliau harus meletakkan jawatan serta-merta.

“Amat jelas beliau tiada lagi hak moral untuk menjadi pengerusi LPPR. Kenyataan media dari enam Ahli Lembaga LPPR ini yang menjauhkan diri mereka daripada kenyataan Abu Zahar yang ‘membersihkan’ nama Azam, sangat mengejutkan.

“Ia menimbulkan persoalan sama ada Abu Zahar membuat keputusan ‘membersihkan’ nama Ketua Pesuruhjaya SPRM itu secara bersendirian,” katanya.

Malah, Fahmi berkata, kenyataan daripada ahli LPPR itu adalah tamparan hebat terhadap kredibiliti Abu Zahar, di samping menunjukkan satu bentuk ‘undi tidak percaya’ terhadap beliau.

“Jelas, seperti dijangka pelbagai pihak, penjelasan Abu Zahar dan Azam tempoh hari hanya menimbulkan seribu satu persoalan baharu,” katanya. - Getaran, 9 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini