web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pergi Bukan Untuk Bercuti, Syed Saddiq Janji Pulang Segera

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 5:00PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sememangnya tidak perlu diperkenalkan, jika mahu mengulas mengenai penglibatannya dalam landskap politik negara.

Meski dianggap baru berusia setahun jagung, peranan dan pencapaian Ahli Parlimen Muar itu melebihi jangkauan sesetengah pihak, apabila dilihat aktif memperjuangkan nasib serta kebajikan golongan belia, khususnya ketika menerajui portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Walaupun sudah tidak lagi berada di dalam kabinet, tugas sebagai wakil rakyat diladeni dengan baik, dengan mewujudkan pelbagai inisiatif untuk komuniti setempat di Muar, khususnya saat negara berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Cabaran BotakChallenge yang diilhamkannya baru-baru ini misalnya, berjaya membantu lebih 765 keluarga di Muar untuk menerima komputer riba dan tablet, bagi membantu anak masing-masing mengikuti sesi Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR) dengan berkesan.

Begitu juga Food Bank Muar yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu, mencatatkan perkembangan memberangsangkan apabila berhasil membantu lebih daripada seratus keluarga setiap bulan.

Tambah membanggakan, sumbangan menerusi Food Bank Muar tidak mengkhusus kepada agama atau bangsa tertentu, sebaliknya terbuka untuk semua lapisan masyarakat yang memerlukan.

Terbaru, anak muda berjiwa besar itu kini berada di Singapura, bagi menyelesaikan pengajian di Sekolah Polisi Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Bercakap kepada Getaran hari ini, Syed Saddiq memberitahu, beliau kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari, selaras dengan undang-undang ditetapkan republik berkenaan.

“Kelas saya dijadualkan bermula 22 Mac nanti dan tempoh kuarantin akan tamat sebelum itu,” katanya.

Menurut beliau, kelas fizikal berkenaan adalah antara syarat wajib pengajian yang perlu dipenuhi sebelum menamatkan pengajian dalam bidang Pengajian Awam berkenaan.

Syed Saddiq memberitahu, kehadirannya di Singapura juga bukan untuk bersenang lenang atau melarikan diri daripada tanggungjawab, sebaliknya ia didorong atas dasar memperbaiki diri, demi menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik buat seluruh penduduk Muar.

“Pengajian ini sudah bermula sejak September tahun lalu dan saya melihat ia sebagai ruang untuk menambah ilmu, bagi membantu saya menjalankan tugas Ahli Parlimen dengan lebih baik.

“Kerana itu gaji untuk sepanjang bulan ini saya kembalikan agar boleh memberi manfaat kepada semua kerja dilakukan Pejabat Ahli Parlimen Muar,” katanya.

Ditanya mengenai perancangannya sebaik tamat pengajian, Ahli Parlimen kedua termuda negara itu menegaskan, beliau akan segera kembali ke tanah air.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, pemergian saya ke Singapura bukan untuk bercuti, tetapi meneruskan perjalanan menimba ilmu.

“Tidak ada sebab untuk saya bersenang-lenang di sini kerana tugas sebagai Ahli Parlimen sedia menanti. Saya akan terus pulang ke Muar sebaik pengajian di sini selesai,” katanya. – Getaran,  9 Mac 2021 

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki