web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Halangan Untuk Pihak Berkuasa Siasat Azam Baki - Abu Zahar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 2:09PM

Para petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui pekarangan lobi SPRM semasa waktu rehat tengah hari tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki masih terbuka untuk dilakukan walaupun tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, beliau dan semua ahli lembaga sama sekali tidak berhasrat untuk menghalang siasatan lanjut pihak berkuasa.

Malah beliau menegaskan, tindakan itu amat digalakkan atas konsep undang-undang agar integriti serta nama baik SPRM sentiasa berada di tahap tertinggi dan disanjung oleh masyarakat.

“Siasatan dakwaan salah laku terhadap Azam boleh diteruskan oleh mana-mana agensi yang mempunyai kuasa di atas pendapat dan seliaan daripada Pejabat Peguam Negara.

“Perkara ini telah pun saya nyatakan pada sidang media lalu, namun malangnya kenyataan saya tidak dilaporkan secara menyeluruh oleh sebahagian media sehingga menyumbang kepada salah tanggapan di kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut Abu Zahar menegaskan, terdapat pelbagai isu selain dakwaan salah laku Azam yang diberi pandangan oleh LPPR namun tidak disentuh dan dilaporkan pengamal media.

“Apatah lagi, video berkaitan sidang media yang tular di media sosial cuma memaparkan sebahagian kecil kenyataan saya,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui LPPR tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan sendiri berkaitan apa-apa salah laku jenayah terhadap mana-mana pegawai SPRM.

“LPPR cuma mempunyai kuasa untuk memberi pandangan dan cadangan, tentang cara siasatan wajar dilakukan dalam keadaan tertentu selari dengan peruntukan Seksyen 13(5) (a) Akta 694,” katanya.

Abu Zahar pada sidang media Rabu lalu menegaskan, LPPR berpuas hati dengan penjelasan Azam berhubung dakwaan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

Sehubungan itu beliau berpendapat, tiada keperluan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun Abu Zahar menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya mahu siasatan diteruskan dengan menubuhkan RCI.

Azam sebelum ini dilaporkan berkata, akaun sahamnya ketika itu digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli semua saham berkaitan pada tahun 2015, yang mana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan ‘pecuniary’ ataupun ‘benefisial’ bagi pembelian atau pemilikan ke atas setiap saham berkenaan.

Pembelian semua saham itu dibuat di pasaran saham terbuka pada tahun 2015 dan tidak wujud sebarang percanggahan.

Bagaimanapun, kesemua saham tersebut telah dipindahkan semula kepada Nasir. - Getaran, 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 16 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang