web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boleh Guna Kalimah Allah Secara Berhemah - Abdul Hadi Awang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 5:14PM

Abdul Hadi Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesiapa sahaja boleh menggunakan kalimah Allah tetapi perlu secara berhemah, dengan batasan tertentu, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Abdul Hadi berkata, tiada sebarang larangan pada dasarnya untuk mana-mana individu menggunakan kalimah berkenaan walaupun mereka tidak beragama Islam.

Ia jelas beliau, mencakupi golongan tanpa agama atau turut dikenali sebagai Ateis.

“Penggunaan kalimat Allah juga tidak boleh dilarang kepada golongan yang berpelajaran tinggi, termasuklah orang yang paling bodoh dan buta huruf, bahkan golongan yang paling gila dan tidak siuman serta tidak mempunyai akal langsung pun, jangan sekali-kali melarang mereka daripada menyebut perkataan Allah.

“Semua bangsa yang menganut Islam tidak menterjemahkan perkataan Allah dalam bahasa masing-masing, kerana tiada perkataan yang seperti dengannya,” ujar beliau menerusi catatan Minda Presiden PAS di Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, penjelasan terbabit membuktikan bahawa perkataan Allah tidak mencapai maksud yang tepat, walaupun jika diterjemahkan ke dalam sebarang bahasa yang wujud di dunia ini.

Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu menjelaskan, sebutan Allah jika mahu diguna oleh penganut agama lain, tidak akan menyamai maksud asal kalimah itu kerana kepercayaan mereka yang bercanggah.

“Semua bahasa terdapat perkataan yang memberikan makna Tuhan, seperti bahasa Arab menggunakan ilah yang bermaksud tuhan, atau Dewata Mulia Raya untuk bahasa Melayu lama,” katanya.

Penggunaan itu jelas beliau, tidak menepati maksud sebenar kalimah Allah jika digunakan penganut agama lain.

“Sekiranya sebutan kalimah Allah menyalahi daripada makna yang asal, seseorang itu hendaklah menanggung kesalahannya.

“Jika penganut setiap agama menyebutkan perkataan Allah mengikut kepercayaan masing-masing akan adanya Allah (Tuhan), itu adalah hak kebebasan beragama,” katanya lagi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lalu memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu sebagai pendidikan untuk komuniti mereka.

Selain kalimah Allah, penggunaan tiga perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.

Kes terbabit mengambil masa selama 13 tahun dua bulan, sejak mula difailkan pada 2008. - Getaran, 12 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Selangor Berkenan Bincang Isu Kalimah Allah Dalam MKI - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penggunaan Kalimah Allah Dalam Penerbitan Kristian Di Selangor Tetap Dilarang

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Perlu Perhalusi Kesan Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang