web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penggunaan Kalimah Allah Dalam Penerbitan Kristian Di Selangor Tetap Dilarang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 8:30PM

Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selain Islam adalah bercanggah dengan konsep keesaan Allah dan boleh membawa kekeliruan kepada umat Islam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kalimah Allah hanya boleh digunakan umat Islam dan penggunaannya dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di Selangor tetap dilarang.

Penegasan itu ditekankan menerusi khutbah Jumaat bertajuk ‘Kesucian Kalimah Allah Yang Maha Agung’ diterbitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), hari ini.

Menurut khutbah itu, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selain Islam adalah bercanggah dengan konsep keesaan Allah dan boleh membawa kekeliruan kepada umat Islam.

Tegasnya, kalimah Allah bukan terjemahan Bahasa Malaysia kepada perkataan ‘God’, sebaliknya merujuk kepada nama Tuhan dalam kalangan orang Islam dan satu-satunya Tuhan dalam Islam yang digunakan seluruh penganutnya tanpa mengira bahasa.

“Wujud alasan bahawa kalimah Allah dituntut kerana ianya digunapakai dalam Bible edisi Bahasa Arab dan Bahasa Indonesia. Hakikatnya, ianya adalah kesalahan sejak awal penterjemahan.

“Buktinya, Bible edisi Bahasa Inggeris tidak menggunakan kalimah Allah sama sekali sebaliknya menggunakan perkataan ‘God’ merujuk Tuhan Bapa dan ‘Lord’ merujuk
Tuhan Anak. Justeru, mengapakah mahu diterjemahkan perkataan 'God' dengan kalimah Allah?” soalnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - Gambar oleh Alif Omar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - Gambar oleh Alif Omar

Menurut khutbah itu lagi, larangan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah berpandukan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor mengenai isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan pada 18 Februari 2010.

“Dalam masa yang sama, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Tahun 1988 sudah dikuatkuasakan di Selangor yang menetapkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah suatu kesalahan untuk digunakan oleh penganut agama bukan Islam. 

“Ini turut diperkuat dengan kedudukan undang-undang berkaitan halangan dan larangan penggunaan kalimah Allah telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada Tahun 2014 dalam kes Menteri Dalam Negeri lawan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam penerbitan agama Kristian,” katanya.

Susulan itu, khutbah berkenaan turut menggesa umat Islam supaya memahami bahawa kalimah Allah adalah lafaz mulia yang perlu dipelihara kesuciannya daripada dipermainkan, dipersendakan atau diletakkan di tempat yang salah.

Jelasnya, setiap umat Islam harus mengetahui bahawa Allah itu Tuhan Yang Esa pada zat, sifat dan perbuatanNya (af’al), dengan penjelasan tiada tara serta tiada banding bagi Allah.

“Menurut Ahli Sunnah Wal-jamaah, esa-Nya Allah SWT pada zat, sifat dan perbuatanNya. Allah adalah mutlak bukan bermaksud satu dengan dua atau tiga unsur. Ia pada sifat memberi maksud tiada seumpama-Nya atau tiada bandingNya. 

“Allah SWT itu bukan Tuhan dengan sifat manusia dan tiada individu sama sekali yang memiliki sifatNya. Esa Allah SWT pada perbuatan memberi maksud tiada sekutu-Nya atau tiada tandingNya,” katanya.

Pada masa sama, khutbah itu turut memaklumkan bahawa ayat 73 Surah al-Maidah dalam al-Quran menjelaskan seseorang itu menjadi kafir apabila menyatakan Tuhan selain Allah sebagai Allah.

“Ini bermakna kalimah Allah itu tidak boleh digunakan kepada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, yang membawa kepada kekufuran,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan khutbah tersebut, masyarakat bukan Islam juga perlu menghormati setiap umat Islam di negara ini sebagaimana mereka menghormati kepercayaan agama orang bukan Islam.

Katanya, terdapat keperluan untuk golongan itu tidak menimbulkan sebarang isu atau persoalan yang menyentuh sensitiviti dan keyakinan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar Bernama
Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar Bernama

“Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titahnya menekankan agar rakyat menghormati kepercayaan agama masing-masing dan tidak cuba menyentuh sensitiviti agama lain yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negeri ini.

“Jika umat Islam boleh menghormati penganut agama lain dengan tidak mencampuri urusan berkaitan agama mereka, maka baginda juga menggesa agar penganut agama lain menyantuni umat Islam, khususnya dalam penggunaan kalimah Allah yang menjadi pegangan utama mereka,” katanya.

Semasa di Dewan Rakyat pada Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah Allah bertujuan mengelak sebarang keputusan yang dibuat bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja.

Anwar sebelum ini mengumumkan Kabinet mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja bagi menyelesaikan isu terbabit secara menyeluruh dan bersepadu.

Pada 15 Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. – Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka