web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perkelahan Berakhir Tragedi, 2 Sahabat Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 12:53PM

Anggota bomba membawa naik mayat salah seorang mangsa lemas di air terjun Batu Berangkai, Kampar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Perkelahan dua sahabat bersama rakan-rakan mereka di air terjun Batu Berangkai, di sini, berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua mereka ditemui lemas selepas mandi di kawasan air terjun itu, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu meragut nyawa Muhammad Fikri Adam Azmi dan Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor, masing-masing berusia 20 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati dua lelaki dipercayai lemas dan seorang daripada mangsa berjaya dibawa naik oleh orang awam.

“Operasi menyelamat seorang lagi mangsa kemudiannya dijalankan dan mangsa kemudiannya berjaya dibawa naik, sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Kedua-dua mangsa dari Sabak Bernam, Selangor itu dipercayai datang ke air terjun itu untuk berkelah bersama-sama rakan-rakan,” katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjut dan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Kampar untuk bedah siasat. - Getaran, 15 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka